Khamis, Ogos 30, 2012

Sehari Sebelum Raya

Orang lain dah lama update cite pasal raya..aku barulah terhegeh-hegeh nak update. Takpelah, biar lambat dari tak update langsung.. Betul tak?

Tahun ni sepatutnya raya belah En.Somi tapi memandangkan dia kena kerja, maka aku pun joinlah mak aku balik kampung. Tinggal lah En.Somi sendirian..kesian dia..sob..sob..

Hari Jumaat tu aku masih kerja tapi dalam keadaan lemau semacam. Yelah, mood raya dah mengatasi segala-galanya..hehehe.. Nasiblah bos bagi balik awal, maka pukul 3 ptg kami dah bertolak balik Batu Pahat.

Sampai kat rumah nenek..eh dah ada yang dah sampai. Rumah pun dah siap berkemas, langsir dah siap pasang, kuih raya dah tersedia.. Hmm.. Bagusnya.. Pandai nenek berdrama cakap takde sape yang dah balik..rumah tak kemas.. Hmm.. Dah pandai nenek ye..

Hari Sabtu tu bertambah-tambah ramainya yang balik rumah nenek. Boleh dikatakan semua ada lah. Yang tak balik pun cuma beberapa orang je.

ni depan rumah nenek.. ada lebih kurang 10 buah kereta..

Kalau dah ramai balik rumah nenek,bayangkan lah betapa riuhnya dan huru-hara rumah nenek. Masa berbuka,penuh ruang tamu. Masak mee hoon goreng 2 bungkus..licin ok.. Walau apapun memang meriah sambutan raya tahun ni.. Nanti aku cite pasal raya pertama plak ye...

Mawarbiru : Selamat Hari Ulangtahun buat mak, Norlidah Ahmad & adik, Nurul Aisyah. Semoga kalian berdua diberikan keberkatan & dikurniakan kesihatan yg baik.. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...