Jumaat, Ogos 31, 2012

1 Syawal

Seperti yang sedia maklum aku & En.Somi beraya berasingan tahun ni. So,pagi raya adalah sedikit syahdu.. Rasanya menjelang pagi raya ntah berapa kali kitorang call masing-masing. Sesungguhnya bila beraya berasingan, waktu jalan beraya tu tak rasa seronok pun. Rasa macam sendirian je. Alamak..dah macam luahan perasaan plak.

Kita lupakan hal tu,kembali pada cite raya. Pagi raya macam raya yg lepas-lepas gak. Kat rumah nenek memanglah meriah sebab ramai yang balik beraya.

menu wajib.. umbut masak lemak.. terbaeekk...

Umbut masak lemak ni memang menu wajib kat rumah nenek. Anak cucu memang ternanti-nanti menu ni di pagi raya. Pada sapa yg tak tahu,umbut ni sama lah lebih kurang macam rebung tapi umbut ni dari batang pokok kelapa. Umbut ni lebih sedap & lembut berbanding rebung. Pagi raya tu aku cuma makan ni je.. ketupat rendang tak pandang pun.

Selepas solat sunat raya,makan-makan.. berlangsunglah plak upacara bermaaf-maafan & bagi duit raya. Lepas tu masa untuk posing..

Addin & abah.. mcm tu jelah muka Addin...

aku, Aliyah & Adik.. macam satu tema plak..

kami adik beradik bergambar dlm studio.. oppss.. rumah baru mak...


keluarga Pak Anjang yg serba hijau..


keluarga kami tanpa En.Somi & Diena sefamily..

Kenapa cuma ada gambar keluarga aku & keluarga Pak Anjang je? Sebab kami tengah bersemangat bergambar kat rumah baru mak. Yang lain tengah sibuk bersiap sebelum pergi beraya.

keluarga belah mak
tiada dalam gambar : En.Somi, Ayah, Pak Long, Majid, Diena, Amin & Nia...

Sebelum pergi beraya, ni lah gambar kami sekeluarga tahun ni.. Ramai tak?? Susah tau nak amik gambar ramai-ramai macam ni.

Lepas tu kami semua pergi beraya ke Sg.Kajang, Parit Raja, Parit Kemang & Punggor. Konvoi 7 buah kereta ye.. Tu jelah cite raya 1 Syawal..tak tahu nak cite apa dah..

Mawarbiru : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Jom kita gi dataran..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...