Khamis, Mei 10, 2012

Projek Kad Crosstitch

Lamanya tak update blog. Dah bersawang kah blog ni? (tiap kali update pun cakap macam tu...hehehe..) Dan macam biasalah,takde apa cite yang menarik.. Tu yang tak update blog (ni macam alasan tak?)

Sebenarnya sepanjang aku senyap ni,aku dok sibuk buat projek mini - kad crosstitch baby. Kad ni khas untuk 2 orang member aku yang baru je dapat baby.

kad crosstitch & selimut dari MySelimutBaby

Kad ni untuk baby Rabiatul Adawiya,si comel cik Aneez. Selimut tu bukan aku buat ye.. Aku order kat MySelimutBaby. Comel tak? Dah selamat sampai pun pada tuan empunya badan..

Dan pagi tadi cik Aneez hantar gambar si comel ni kat aku. Alahai..comelnye..

si cantik Rabiatul Adawiya

Nak tau perkembangan terbaru crosstich kit tu? Baru sambung buat Isnin lepas..dah tambah lagi seekor ikan lumba-lumba. Aduh..jenuhnya nak wat latarbelakang air tu.. Pertama kali buat crosstitch yang agak penuh macam ni. Memang makan masa lah jawabnya.

dah ada 4 ekor..

Mawarbiru : mood bercuti2 sudah mari...

2 ulasan:

  1. cntik nye selimut tu, siap ada nama :)

    singgah blog sy & sy nak share something

    nk ajak awk join giveaway mudah:

    Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...