Sabtu, Februari 26, 2011
Al-Fatihah
Takziah kepada keluarga Zam. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman. Al-Fatihah...
Rabu, Februari 23, 2011
Apa kena tayar tu??
La,apa kena dgn tayar ni? Bila masa plak pancit ni?Alkisahnya tayar belakang belah kiri pancit. Tak tahulah masa bila pancit nya..
Masa tu gabra gak. Tak tahu nak minta tolong sape. Call En.Somi tapi tak angkat2.. Dok termenung jap..
Kawan : Nape tak balik lagi?
Aku : Tayar pancit, tak tahu nak buat apa..
Kawan : Gi lah antar bengkel yg kat depan tu..
Aku : Ye tak ye lah...
Mujurlah ada kawan yg beritahu masa tu.. Kalau tak sampai ke sudah lah aku dok termenung kat situ..hehehe..
Gi bengkel.. tampal tayar yg pancit tu.. Semuanya ok.. Lega rasanya..
En.Somi : Call ke tadi?
Aku : Ha'ah. Tayar kete pancit lah..
En.Somi : Dah tu macamana?
Aku : Dah betulkan sendiri dah..
En.Somi : Ha,biar betul??
Aku : Betulkan kat bengkel lah...
En.Somi : La,ingatkan buka tayar sendiri..hehehe...
Mawarbiru: Nasiblah perasan..
Selasa, Februari 22, 2011
Meraikan Cinta - 12 Februari 2011
Sabtu,12 Februari 2011 adalah hari meraikan cinta dua adik ku - Hami & Diena bersama pasang2an masing.
Hari tu,seawal kol 9 kami dah ada kat dewan. Check apa2 yg patut & apa2 yg kurang.. Hampir kol 11 barulah balik rumah tukar baju pulak. Kemudian,datang dewan lagi sebab jemputan start kol 11.
Sebelum tetamu datang, kitorg sempat bergambar dulu.. So,kita layan gambar jelah ye.. Malas plak nak taip panjang2..
tuan rumah...
Isnin, Februari 21, 2011
Persiapan Akhir
Sebelum aku bercerita pasal majlis yg berlangsung dgn meriahnya,meh lah layan sedikit gambar yg sempat di ambil sewaktu malam sebelum tu.. Masa ni kami sekeluarga tengah buat persiapan akhir.
Kalau disuruh bergambar,budak dua ni memang laju je. Memang hobi dorang utk interframe..hehehe...
Lepas tu,kami adik beradik posing plak.. Tiga org bersama pasangan,lagi dua org single...hehehe..
1,2,3..action...Rabu, Februari 16, 2011
Persandingan Klobot
Isnin,kami sudah kembali bekerja. Penat yg masih belum hilang,ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yg tak berapa mengizinkan.. tu yg tertangguh je nak update blog..hehehe..
Mehlah,aku sambung cite yg tertangguh ari tu.. 5 Februari 2011 adalah hari persandingan klobot.
Pada hari tu seawal pukul 1 tghari,kami semua dah kena checkout. Sementra menunggu ahli rombongan lain tiba,kami semua dok layan bergambar kat area berdekatan..
En.Somi bersama raja sehari...ke hulubalang ni? hehehe...
Setelah semua rombongan tiba,kami semua bergerak ke rumah cik Kam... Masa ni cuaca betul2 panas terik.. Tiba2 tak tahu nak cite plak,layan gambar jelah ye..
acara memotong kek
keluarga cik kam
keluarga kami yg kurang sorang...Jumaat, Februari 11, 2011
Undangan Meraikan Cinta
Sekarang ni dilanda selsema & tekak plak dah rasa perit. Harapnya esok tak makin teruklah..
Sebenarnya,di sini aku dengan berbesar hati ingin menjemput rakan2 blogger untuk menghadiri majlis meraikan dua org adik aku,Hami & Diena.. Ya,dua pasangan pengantin..
sila klik utk pembesaranMajlis akan berlangsung di Dewan KSAB,Tg.Kupang,Gelang Patah pada Sabtu ni,12 Februari 2011.
Anda semua dijemput hadir bagi memriahkan majlis ni..
Khamis, Februari 10, 2011
Rabu, Februari 09, 2011
Makan Malam di Restoran Tanjung Seafood & BBQ
Bukannya kami kemana pun. Cuma ke pasaraya Spectrum,berdekatan dgn tempat kami menginap. Jalan2 sambil cuci mata dan beli apa yg perlu.
Masa balik ke bilik,bertembung dgn Ayah. Ayah cakap nak gi makan seafood,so kami pun ikutlah sekali..
Disebabkan Ayah nak makan seafood,En.Hami pun bawa kami semua makan kat sini..Restoran Tanjung Seafood & BBQ.
Masa dok tengok2 restoran ni,terpandanglah benda ni. Oo.. JJCM pernah datang sini rupanya. Kiranya memang tempat ni menepati citarasa lah ye...
Memandangkan masing2 tak tahu nak order apa,maka En.Hami telah orderkan pakej makan utk 6 org dimana ada 6 jenis lauk-tomyam campur,ayam lemon,udang mentega dan lauk selebihnya aku tak ingatlah plak. Kemudian,dia tambah lagi ayam pandan..
Komen kami..memang sedap dan harganya pun berpatutan lah utk area bandar.. Bagus gak restoran ni wat pakej yg ada byk lauk,so kite bleh lah rasa lauk lain walaupun sikit..
Gambar adalah ehsan En.Google sbb masa tu masing2 malas nak amik gambar..hehehe..
Mawarbiru: Sapelah yg nak belanja makan kat Sabak Awur ni?
Selasa, Februari 08, 2011
Raikan Cinta Klobot
Nak cite pasal cuti ari tu tp tak tahu nak mulakan yg mana satu..hmm...
Mehlah aku mulakan dgn cite hari meraikan cinta Klobot.. Masih ingat Klobot?? Rasanya aku selalu cite kat blog pasal Klobot - Hami & Kam.
Ari jumaat lepas,4 Feb 2011 Klobot telah pun bersatu hati. Adikku,En.Hami telah sah bergelar suami kepada Siti Kamariah Jasmani (Kam). Tak sangka adik lelaki aku yg sorang ni telah jadi suami org,rasa macam budak2 lagi je dia ni..
Hami & Kam
Majlis pernikahan telah berlangsung selepas solat Asar bertempat di masjid berdekatan dgn rumah cik Kam di Lembah Jaya Selatan,Ampang. Yg tak bestnya,masa ni ada lagi satu pasangan pengantin yg sama2 nikah sekali.. kiranya nikah sekali 2 pengantin lah..
Sewaktu akad nikah. Sebelah En. Hami tulah pengantin yg lagi sorang.. En. Hami nampak mcm cuak je..
Penyerahan mas kahwin
Selesai majlis pernikahan,kami semua bergerak ke rumah cik Kam. Ada skit jamuan.. wah,ada makan2.. ni yg bestlah ni...
Pengantin bersama barang hantaran.. Kalau tak silap 9 dulang (tema biru ungu) dari kami berbalas 11 dulang (tema pink putih) dari cik Kam.
Pengantin lama pun nak interframe gak..hehehe..
Lewat petang baru kami semua pulang ke tempat penginapan. Aduh,letihnya masa tu... Tp still malam tu kami berdua masih sempat jalan2 kat area berdekatan..hehehe..
Untuk En.Hami & Cik Kam,Selamat Pengantin Baru.. Selamat melayari bahtera rumahtangga..
Mawarbiru: Jgn panggil mak,makcik ye..hehehe...
Isnin, Februari 07, 2011
Sudah Kembali!!
Banyak cite yg nak di update kat sini. Tapi terpaksa tangguh dulu.. Kena siapkan keje kat ofis yg menimbun ni..
Takpelah,aku letak gambar ni dulu ye.. Ehsan dari Arita Hanim Awang.. Cite yg seterusnya kenalah tungguuuuu....

Mawarbiru: Lega.. one more to go...
Jumaat, Februari 04, 2011
Makan Besar
Tanpa dirancang,kami makan besar malam tu.. Ada mi bandung,mi goreng, ikan bakar,karipap & macam2 lagilah.. Semuanya kerana menyambut besday Kak Ani...
Khamis, Februari 03, 2011
Gongxi! Gongxi!
Rabu, Februari 02, 2011
Giveaway by Syue Mustafa
Meh kita tgk syarat2 penyertaan ye:
i. Jadi follower Kak Syue.
ii. Entrykan GA ni & linkkan blog anda.
iii. Tinggalkan komen.
Marilah kita sama2 memeriahkan lagi giveaway ni.
Tarikh tutup : 15 Februari 2011 (Selasa)









