Khamis, Disember 30, 2010

Wedding - 25 December 2010

Ari ni aku kembali berblogging & blog hopping. Rasa lama btol tak update blog ni. Mujurlah tak bersawang blog aku ni.. hehehe...

Meh aku nak cite pasal 25 Disember 2010 yg lepas. Rasanya ramai btol yg mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan masa ari Krismas. Yelah,nanti bleh sambut anniversary time cuti Krismas..hehe..

Aku dapat 4 undangan ke majlis perkahwinan pada 25 Disember tu. Member masa kat UiTM,Ieja yg majlisnya berlangsung kat Grik,Perak. Member kat STA - Izzu kat Benut,Pontian dan Lina kat Taman Broleh,Batu Pahat.

Aku cuma berkesempatan pergi majlis bekas member ofis aku-Sharifah Rodziah & Shrizan kat Parit Tegak,Parit Sulong.

Dalam dok kesibukan aku rewang di rumah mertua,aku & Ina sempatlah ke majlis dia ni. Dah pernah ke rumah dia sebelum ni,maka tak sesatlah kami. Cuma agak mengerikan plak bila nak parking kete sebab jalan kampung ke rumah dia ni agak sempit.

Sempatlah berjumpa member2 ofis dulu. Berborak2 & tak lama lepas tu kedengaran bunyi kompang menandakan ketibaan pengantin lelaki.. dapatlah tgk pengantin bersanding.


Berseri2 muka Pah bila pakai baju pink..hehehe.. Majlis ni meraikan dua pengantin-Pah & juga adik lelaki dia. Terlupa plak nak amik gambar pengantin yg lagi satu..


Selamat Pengantin Baru buat Sharifah Rodziah & Shrizan.
Dan tak lupa juga kepada Normaliza Delma, Izzurina & Fazlina Othman yg juga meraikan majlis perkahwinan pada hari yg sama. Tahniah...
Mawarbiru : Pengapit perempuan tu bila lagi??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...