Khamis, Ogos 19, 2010

Resepi - Kuih Keria Kentang

Bahan2:
100 gm ubi kentang
1/2 sudu kecil marjerin
130 gm tepung gandum
150 gm gula
sedikit garam

Cara2nya:
  1. Rebuskan ubi kentang bersama garam sehingga empuk dan lecek ketika masih panas.
  2. Kemudian gaulkan bersama marjerin dan tepung gandum sehingga sebati.
  3. Ambil doh dan bentukkan bulat seperti donut.
  4. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.
  5. Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.
  6. Selepas itu, masakkan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.
  7. Kemudian masukkan semua kuih yang digoreng tadi dan gaul sehingga semua kuih disaluti air gula.
  8. Angkat dan hidangkan.

Mawarbiru: Selamat mencuba...

2 ulasan:

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...