Khamis, Jun 17, 2010

Pancake Melayu..

Semuanya bermula daripada entri adik aku,Diena yg bercerita tentang lempeng gula merah mak. Masa tu dah mula terliur lah...

Makanya,bila balik GP aku pun mintalah mak watkan.. Aduh,sedapnya...En.Somi pun berselera makan. Dia ckp pertama kali dia makan. Bila En.Somi dah cakap macam tu,haruslah aku blajar cara wat. Ala,senang je pun...
Bila balik ke rumah mertua minggu lepas,En.Somi minta aku watkan lempeng gula merah ni. Sajelah kononnya nak bagi mak dia rasa.. Kebetulan family abang ipar pun ada kat rumah mertua hari tu.. Memang sesuailah makan beramai2...

Sekali tu bila aku hidangkan,mak mertua ckp "Dulu mak selalu watkan korang sarapan ni. Stok gula merah & tepung mesti ada aje kat umah sbb arwah abah suka makan ni".

Aku hanya tersenyum. En.Somi (blushing) malu sbb dia ckp dia tak pernah makan sebelum ni..Apalah,bleh dia lupa plak...hehehe...

lempeng gula merah yg aku sempat snap sblom dibaham oleh mereka2...

Baru2 ni,adik aku, Hami bercerita plak pasal sambal hijau masakan mak.. Aduh,terliur lagi. Bilalah plak nak minta mak watkan.. Mak,tolong pos kat sini sambal hijau eh...

Mawarbiru: Sejak akhir2 ni selalu sgt rindu masakan mak..hmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...