Rabu, Disember 02, 2009

Pilihan Anda - Merokok @ Tak??


Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

Aku terbaca dalam suratkhabar ari ni tentang penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan,"

Yelah,sekarang ni aku tgk ramai btol budak2 yg masih bersekolah yg merokok. Dalam keadaan masih memakai baju sekolah,mereka dgn selambanya merokok dikhalayak ramai. Xtaulah apa nak jadi dgn generasi muda kita. Salah siapa sebenarnya?

Bukan mahu menunding jari kepada sesiapa tapi kita harus lihat pada diri kita sendiri. Kenapa kita harus benarkan rokok merosakkan hidup kita & org2 disekeliling kita? Kita semua tahu bahaya merokok tapi kenapa kita tidak mengambil langkah untuk memberhentikannya..

Dulu,En.somi juga perokok. Sewaktu kami mula berkawan,aku memang sudah sedia maklum tentang itu walaupun aku sebenarnya tidak suka dgn perokok. Aku bleh terima dia seadanya..

Kemudian,En.somi britau aku yg dia nak berhenti merokok. So,aku bagi sokongan dgn membeli ubat utk mengurangkan rasa ketagihnya. Alhamdulillah,sebulan lps tu dia bleh berhenti sepenuhnya..Skrg ni aku cuma berbangga dgn En.somi kerana sehingga kini dia x lagi merokok...

Pada pendapat aku,walau macamanapun usaha yg dilakukan oleh kerajaan kita untuk memberhentikan gejala merokok ni tapi tiada usaha dari diri kita sendiri,ianya xkan kemana2..Pokok pangkalnya hati kita..Jika kita sematkan dalam hati & berusaha,pastinya niat kita akan terlaksana...

Marilah kita beramai2 kata "TAK NAK" pada merokok!!

1 ulasan:

  1. Salam ziarah,salam persahabatan
    didikan & perhatian dpd ibu bapa lebih berkesan

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...