Selasa, November 24, 2009

Kenapa MENJERIT??

Satu hari, seorang Professor bertanya kepada pelajar-pelajarnya,
“Kenapa kita MENJERIT daripada bercakap dgn baik sewaktu kita sedang MARAH?”

Semua pelajar berfikir seketika.
Seorang daripadanya menjawab “Kerana waktu itu kita kehilangan rasa tenang. Sebab itu kita MENJERIT”.

Kemudian, Professor itu bertanya lagi.
“Tetapi orang itu ada di sebelah saja, kenapa kita tidak bercakap dgn perlahan, sebaliknya kita MENJERIT?”

Semua pelajar memberikan pendapat masing2, namun tiada satu jawapan pun yang diterima Professor tersebut.

Akhirnya, Professor itu menerangkan,
“Sewaktu marah, hati kita seolah-olah menjauh dari kita. Untuk mendekatkan jurang yang dirasakan, daripada bercakap dgn perlahan, sebaliknya kita mula MENJERIT agar pihak yang lain itu dapat mendengar”.


“Tetapi bila kita MENJERIT, kita menjadi semakin MARAH. Kita merasakan hati kita lebih menjauh dan kita mula MENJERIT dgn lebih kuat…

“Berlainan pula bila kita sedang dilamun CINTA. Bukan saja kita tidak MENJERIT, malah kita lebih suka BERBISIK di telinga pasangan kita. Kenapa?”


“Ini kerana hati kita telah menjadi terlalu rapat, sehingga sukar untuk dipisahkan.
Bila CINTA semakin mendalam, sampai di satu tahap komunikasi tidak lagi diperlukan.
Kita boleh memahami hanya dengan berbalas pandangan”.

“Oleh itu, bila bertengkar, jangan menuturkan kata yang boleh menjauhkan hati kita.
Tunggu beberapa hari.
Bila hati kita lebih tenang, baru kita dapat bicara dengan lebih baik”.

3 ulasan:

  1. oooo...macam 2 ea??? i poun suke jerit2 ni...tp beberapa hari 2 cem lame sangat jew...huhuhuhu...idup JGN JERIT

    BalasPadam
  2. sllu x sy tinggi sore kat awak?hmm..klau ade,sori sgt2 yer.lain kali,tgur arr k..

    BalasPadam
  3. xpun...sama2lah kita jgn menjerit yer...

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...