Jumaat, Disember 06, 2013

Batam,Indonesia - Day 2

Di hari kedua,takde kemana-mana. Cuma tunggu guide jemput dari hotel & hantar ke jeti saje.

Pagi tu kami bersarapan di hotel. Disebabkan masing-masing dah lapar,terasa macam lama betul nak tunggu waktu sarapan. Maklum saje lah waktu di Indonesia kan lewat 1 jam.

sarapan.. roti yg bergula tu sangat sedap..

Lupa pulak nak cerita,kami bermalam di The Hills Hotel,Batam. Walaupun hotel ni cuma 3 bintang je,kami berpuas hati lah dengan hotel ni. Biliknya ok,makanan pun ok. Sedap plak tu.

kami di depan hotel

bergambar lagi

bersama En.Somi

berhadapan dengan hotel

Berdekatan dengan hotel ada beberapa shopping complex..kalau tak silap,Nagoya Hill kot. Kami tak pergi pun. Masing-masing pun malas nak berjalan. Lepas sarapan je,masing-masing balik semula ke bilik sementara tunggu waktu guide jemput. Aku & En.Somi sempat layan cite Korea kat bilik tau..hehehe..

Tepat pukul 11.30 pagi,kami check-out hotel & tunggu guide jemput. Sesampainya di Terminal Feri,kami check dulu tiket feri balik. Dah settle,kami bergerak ke Mega Mall Shopping Centre yang terletak bersebelahan terminal feri. Walaupun dekat,penat gak nak berjalan dengan barang-barang yang banyak.

Disebabkan barang-barang kami banyak,haruslah cari tempat menyimpan barang. Lepas ni bolehlah sambung shopping lagi.
tempat simpan barang.. gratis ya..hehehe..

Kat sini kami sambung shopping ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan. Antara ole-ole yang kami beli : fridge magnet IDR20,000 (RM5.30),gelang tangan IDR15,000 (RM4),t-shirt IDR50,000 (RM13) dsb. Kat satu gerai tu,aku & En.Somi borong t-shirt 6 helai dengan harga IDR200,000 (RM53) saje..hehehe.. (tapi lupa nak amik gambar).
mamat ni tengah ukir gelang

ayah & Fawa

Kebetulan masa hari tu ada pameran & jualan barangan tempatan..lebih kurang macam produk IKS lah kalau kat Malaysia. Tak beli pape pun..cuma tengok-tengok je produk yang ada.
songkok yang agak unik

Setelah puas berjalan & shopping,masa untuk makan tengahari. Kami lunch di Bakso Lapangan Tembak Senayan Jakarta..(punyalah panjang nama restoran tu).

Disebabkan nama restoran pun bakso,haruslah makan bakso kan..kecuali ayah yang makan nasi goreng & En.Somi makan meehoon goreng.
harus cuba teh botol sosro & bakso goreng..

Kami ingatkan bakso goreng tu mee bakso yang digoreng..rupa-rupanya cuma daging saje yang digoreng...hehehe..
Makan untuk 6 orang = RM61

Lepas lunch,tibalah masa untuk pulang. Sebelum tu,aku sempat beli ubat selsema kat farmasi.
ubat selsema..dengan gula-gula strepsils baru IDR7,600 (RM2.03)

Pukul 3.40 petang,kami berangkat naik feri. Sepanjang perjalanan balik,hujan turun agak lebat. Air pun bergelora..nasiblah tiada apa yang berlaku.

Kami selamat sampai Terminal Feri Stulang Laut lebih kurang pukul 7 malam. Sekian..tamatlah cerita percutian kami..hehehe..


Mawarbiru : sedang bercuti panjang.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...