Jumaat, Mei 17, 2013

Air Papan, Mersing (Part 2)

Ahad tu lepas Subuh,kami semua jalan-jalan tepi pantai. Ramai gak yg mandi pagi-pagi buta tu. Tapi kami semua tak kuasa nak mandi. So,jalan-jalan sambil main air je lah. Sempat gaklah amik gambar sikit..hehehe..

romantik tak? hehehe..

Ntah bila cik Aisyah amik gambar ni pun kami tak perasan..

Balik dari jalan-jalan kat pantai,kami terus bersiap-siap nak check-out. Nak kena hantar Fawa beli tiket balik KL,so takleh lah nak gerak dari Mersing ni lambat-lambat.

posing luar the Blues.. ntah nape cik Aisyah nak kena amik gambar dari dalam kereta...hmmm...

Sebelum bergerak balik,sempat lagi menyinggah kat gerai-gerai tepi pantai tu. Nak beli lagi T-shirt..hehehe..

mak & Fawa sempat bergambar depan gerai

Sebelum bersarapan,kami singgah beli keropok di Perusahaan Keropok Hj. Puteh. Sebenarnya sepanjang jalan tepi pantai tu banyak je kedai jual keropok,tapi kami singgah yg kat sini. Banyak juga yang kami borong hari tu. Macam-macam hasil laut ada dijual di sini.


Kebetulan pulak berdekatan situ ada pasar tani,singgahlah kami ke sana pula sebab mak nak beli satar. Namun hampa sebab gerai satar cuma buka tengah hari.

Lepas tu,kami pergi sarapan dekat kedai makan berdekatan pasar tani tu. Kami order nasi dagang,laksa,mee hoon sup & nasi lemak. Nyum..semuanya sedap..sampai terlupa nak amik gambar..hehehe...

Buat kali terakhir,kami jalan-jalan lagi kawasan tu. Ternampaklah gerai satar dah pun buka..tapi satar belum di bakar lagi. So,mak beli yang mentah saje. Sampai RM20 mak beli tau.. Aku tanya-tanya kedai sebelah, dorang tunjuk pulak gerai satar yang lain. So,dapatlah gak makan satar yang dah siap bakar..sedapnye..

Kami pun terus gerak balik BP. Sampai Kahang,berhenti isi minyak. En.Somi saje check tayar the Blues. Dia beritahu tayar macam kena tukar. So,kelam-kabut kami cari kedai tayar yang buka hari Ahad tu. Nasiblah ada 1 kedai buka..fuhh..

tukar tayar sebelum apa-apa berlaku..

aktiviti sementara tunggu tayar ditukar..

Tauke kedai : Nasiblah u tukar tayar cepat. Kalau u jalan lagi ni mau meletup tau..

Ayoo..seriau kami dengar tau. Dah lah masih jauh lagi perjalanan ke BP. Mujurlah sempat tukar sebelum apa-apa terjadi.

Lepas tu perjalanan ke BP lancar. Kami sampai BP pukul 2 petang. Dan akhirnya Fawa terpaksa balik KL hari Isnin..kesian..hehehe..


Mawarbiru : baru balik bercuti dah rasa nak bercuti lagi..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...