Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Isnin, Julai 27, 2015

Cerita Raya Lagi

Sambung lagi cerita pasal raya..tapi aku himpunkan jelah ye. Sebab tak beraya sangat pun.

Raya Kedua
Kami tak beraya mana pun,hanya duduk di rumah mertua saja. Sibuk dok melayan saudara yang datang dari pagi sampai lah petang. En.Hami dok whatsapp tanya bila nak sampai rumah mak aku,sebab dia dah lama sampai.. Lewat petang baru lah kami merempit balik rumah mak pulak. Malam layan budak-budak main bunga api.

Raya Ketiga 
Ada marhaban perempuan,nasiblah giliran rumah mak awal pagi. Lepas marhaban,kami terus keluar beraya. En.Somi tak join sebab nak jumpa kawan dia.
selfie raya

kanak-kanak riang ria raya

bergambar di tangga

Kami beraya kat Kg.Sengkuang,rumah saudara belah ayah. Dapat beraya empat buah rumah saje. Masa tu dah tengahari,masing-masing pun dah lapar. Kami singgah makan bakso kat Kg.Istana.

bakso tersedap di BP

Lepas makan,pergi BP Mall pulak..teman mak cari barang. Petangnya,aku gerak balik rumah mertua pulak.

Raya Empat
Asalnya rancang nak beraya rumah adik-beradik En.Somi saje sebab tahun ni mertua takde mood nak beraya. Yelah..mertua masih sedih lepas kehilangan kakak dia beberapa bulan lepas. Tu yang keluar beraya pun dah tengahari.

Tapi bila dah start beraya,tetiba mertua ajak pulak beraya ke rumah besan-besan & saudara yang lain. Cuma bezanya tahun ni beraya sampai ke Parit Tengah,Yong Peng saja.
En.Somi bersama kekasih ijau

Takde bergambar pun masa tu,cuma ada gambar satu ni je. Tu pun sebab ada saudara En.Somi dok ingatkan budak ni isteri En.Somi..hahaha..nasib badan. Lewat petang baru selesai beraya.

Malamnya keluar makan dengan keluarga aku pulak. En.Somi sekali lagi tak dapat join sebab dah berjanji dengan kawan dia.

Kami makan di Restoran Ceria Maju Seafood. Kami order makan set untuk 6 orang : nasi,ikan siakap 3 rasa,sotong goreng tepung,lala masak sos tiram,sayur chapchai,telur bungkus & air carrot susu.
selfie sementara tunggu makanan sampai

Service agak lambat malam tu..mungkin sebab ramai orang agaknya. Tahap kesedapan makanan..biasa-biasa saje,tak berapa memuaskan.

jurugambar untuk hari tersebut

Minah ni sibuklah nak amik gambar je. Konon macam pandai sangatlah tu. Layankan jelah..

Raya Lima
En.Somi awal pagi subuh dah kena balik ke JB sebab kena panggil masuk kerja. Aku pulak dengan disertai cik Diena & Fawa bergerak balik JB dalam pukul 10 pagi. Nasiblah sepanjang perjalanan lancar saja,mungkin sebab awal lagi kot.

Itu saja cerita raya untuk tahun ni.


Mawarbiru : Masa untuk puasa 6 pulak..

Rabu, Julai 22, 2015

Cerita 1 Syawal 2015

Raya tahun ni En.Somi beritahu yang dia hanya akan mula bercuti pada raya pertama. Disebabkan itu,aku dan En.Somi balik kampung asing-asing. Aku balik kampung sehari sebelum raya dengan cik Diena.

Sampai kampung terkejut tengok rumah nenek macam kosong. Selalunya sehari sebelum raya dah ramai kat rumah nenek. Rupa-rupanya tahun ni ramai yang beraya belah mertua. Makanya,petang tu cuma keluarga aku je yang ada untuk tolong nenek masak. Yang tak bestnya,menu utama nenek umbut masak lemak takde..huhuhu..sedihnya..

Pagi raya..En.Somi pun sampai rumah mak. Sebelum sesi bermaaf-maafan,haruslah makan dulu..lepas tu bergambar pulak.

kami di pagi raya

ayah & mak

 keluarga aku yang tak cukup korum

Kami semua bergambar kat depan rumah nenek sementara tunggu yang lain bersiap. Selesai sesi bermaafan terlupa pulak nak amik gambar dengan saudara yang lain.

Bila kami send gambar kat whatsapp adik-beradik,dorang yang beraya dengan mertua pun send gambar juga.
keluarga En.Hami & cik Diena

Selepas beraya rumah nenek,rombongan keluarga aku nak datang beraya rumah mertua. Makanya,kami cepat-cepatlah merempit ke rumah mertua. Selesai dorang beraya, kami plak stay rumah mertua. Dorang sambung beraya lepas solat jumaat tapi kami tak ikut.

Petang tu,kami ke rumah mak semula. Malam,layan budak-budak main bunga api sekejap. Lepas tu peluk-cium cik Aisyah yang nak balik ke rumah mertua..kami pun balik semula ke rumah mertua.
 anak menantu En.Mohsin & Pn.Intan

Sekian saja cerita 1 Syawal kami.


Mawarbiru : Masih dalam mood raya..huhu..

Selasa, Mei 05, 2015

Aktiviti di Hari Cuti

Sempena cuti panjang minggu lepas, aku & cik Diena balik kampung sekali hari Jumaat tu. Maklumlah suami masing-masing sibuk kerja. Kami sampai BP tengahari, singgah beli bakso kat Kg. Istana.

En. Hami & Cik Kam pun balik kampung juga, mereka sampai petang.  
#kesayanganmaklong

Malamnya selepas Isyak, ada kenduri tahlil dan doa selamat di rumah nenek. Kami pun tolong lah apa-apa yang patut..sehingga selesai kenduri.
3 generasi..(sampai hati dorang tak ajak aku bergambar sekali)

Hari Sabtu pagi, Paksu ajak main badminton kat dewan yang berdekatan dengan rumah. Mak & ayah join main, aku & Dhaniyah join menyibuk.. Mainlah gak sikit-sikit, tapi asyik kena kacau dengan Dhaniyah je..sebab dia pun nak main sekali. Berlagak macam pandai main..

Lepas Zohor, kami pun keluar cari makan. Cik Kam teringin nak cuba makan Nasi Bariani kat Bariani Power.

Kami order 3 nasi beriani ayam & 1 nasi beriani kambing. Makan bersama 3 orang budak kecik,memang huru-hara jadinya. Dengan tumpah air nya lagi. Maka,kami pun makan cepat-cepat & tak sempat pun nak ambil gambar. Yang pastinya nasi beriani kat Bariani Power ni sedap.

Dari Bariani Power,kami ke Minyak Beku pulak. Saje dok melepak-lepak sambil layan angin laut.
kami melepak

sepupu - Addin & Dhaniyah

Sebelum balik,sempat singgah di kawasan jeti Minyak. Kebetulan masa tu air surut,tu yang berani turun ke jeti.
kat kawasan jeti pulak

Lepas tu kami singgah Aeon Big,beli barang sikit.. Ramai betul orang kat Aeon Big,agaknya semua orang ambil peluang berjalan disebabkan cuti panjang kot. Kami sampai rumah dah lewat petang.

Selasa, Mac 31, 2015

Sambutan Hari Lahir di Zoo Johor

Sabtu lepas,officemate aku En.Firdaus telah menjemput ke majlis meraikan hari lahir anak dia,Layla di Zoo Johor. Disebabkan itu,aku pun ajaklah cik Diena & anak-anak join sekali.

Kami sampai Zoo Johor dalam pukul 10. Masa tu majlis belum mula & masih ramai yang belum sampai. So,layankan lah Dhaniyah main buaian dulu.

Dalam pukul 11,bermula lah acara nyanyian & potong kek birthday. Comel je kek birthday Layla tu..
keluarga En.Firdaus

officemate yg hadir

En.Firdaus dah binatang peliharaan

Kredit gambar-gambar di atas : dari FB En.Firdaus

En.Firdaus ni ada bela ular tau tapi tak tahulah pulak berapa ekor dia bela. Hari tu dia ada bawa ular dia tu. Anak dia,Kayla boleh selamba je pegang & ajak orang lain pegang sama. Sempoi gila budak tu,padahal baru 3 tahun. Maaflah Kayla,Aunty ni penggeli orangnya..hehehe...
Selesai acara potong kek,acara makan-makan sambil main kat inflatable park ni. Seronoklah budak-budak tu dapat main. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas masa tu,Dhaniyah main kejap je. Lepas tu dia dah sibuk nak naik patung binatang yang boleh pusing-pusing tu. Maklong dia layankan saje.

Dekat pukul 12 tu,minta diri dengan En.Firdaus..beritahu nak balik. Sebelum balik tu,sempatlah gak pusing-pusing dalam zoo. Melayankan budak-budak tu tengok binatang.
Dhaniyah & Asy'ari

Tengah dok layan tengok binatang,cuaca dah mula gerimis pulak. So,kami pun terus balik. Kami berpecah sebab cik Diena nak pergi rumah mertua dia & aku pulak nak terus balik rumah.


Mawarbiru : Selamat Hari Lahir Puteri Layla Kamelia.. Semoga menjadi anak yang solehah untuk papa & mama.


Isnin, Mac 23, 2015

Water Park & Ayam Penyet

Jumaat lepas,aku ajak cik Diena & cik Rienduan ke CS Inflatable Water Park kat Kulaijaya. Ini pun sebab aku dah beli voucher groupon,tu yang ajak ke sana.

Kami gerak dari rumah cik Diena pukul 11 lebih, lepas bersarapan. Sampai sana dekat pukul 12 tengahari. Senyap sunyi je tempat tu,tak ramai orang. Agaknya kalau takde water park ni, takde orang nak ke sini.


Seronok dan puaslah budak-budak ni mandi sebab tak ramai orang. Boleh sesuka hati nak mandi kat kolam mana. Mak budak pun seronok gak nampaknya..hehehe...
#kesayanganmaklong

antara kolam yg ada 

Selepas dah puas mandi kat water park tu,kami ke Aeon Kulaijaya. Cik Diena nak cari kasut katanya. Dari satu kedai ke satu kedai,tak jumpa yang berkenan di hati. Masing-masing pun dah lapar..ternampak pulak kedai Ayam Penyet Ori. Apa lagi,kita pun masuk lah dalam tu.

Sementara tunggu order sampai,ambil gambar dulu. Susah betul nak amik gambar dengan budak-budak ni. Huru-hara dibuatnya..hehehe...

kami je yg over..hehehe..

Inilah yang kami order hari tu - pecal lele penyet,empal penyet, pisang cheese.. sup rawon tak kelihatan dalam gambar. Air pun lupa nak amik gambar..tak ingat pun air apa. Yang pastinya aku order teh botol sosro (teringat masa gi Batam dulu)
 our lunch

Lepas makan,pusing-pusing lagi dalam tu..kami gerak balik pukul 5 lebih.. Kesudahannya,cik Diena tak beli kasut pun tapi sempatlah gak budak-budak ni sawan cermin kat dalam kedai kasut..hihihi..
sawan cermin


Mawarbiru : Layan gak makan kat Ayam Penyet tu..

Selasa, Disember 30, 2014

KLIA2

Akhirnya..ini adalah entri terakhir pasal cuti-cuti hari tu.

Sebelum berangkat balik ke JB,kami singgah ke KLIA2..menghantar Ayah sambil jalan-jalan melawat kawasan.

Pertama kali pergi KLIA2 (tak pernah pergi KLIA gak)..rasa kagum teramat sebab KLIA2 ni sangatlah besar. Shopping mall dalam kawasan airport,mestilah besar kan. Macam-macam kedai ada kat situ tapi kami tak beli pape pun..cuma tengok-tengok saje sebab tak minat pun. Tapi lebih berminat tengok kedai-kedai makan yang pelbagai.
Dhaniyah & Asy'ari #kesayanganmaklong

 cik Diena & anak-anak

anak sape lah ni?

Disebabkan kawasan KLIA2 yang besar,memang jenuh gaklah meronda-ronda kat situ. Tak lama pun kat KLIA2,tengahari tu kami dah bergerak balik ke JB.
 kami yg kepenatan meronda-ronda

Dalam perjalanan balik JB,singgah sekejap kat RNR Pagoh sebab mak nak beli buah. Aku sempatlah beli fridge magnet ni. Sebagai cross stitcher separuh tegar,haruslah teruja bila nampak fridge magnet cross stitch ni..menarik kan?
fridge magnet Johor


Mawarbiru : Mungkin boleh cuba buat cross stitch yang begini..hmmm...

Ahad, Disember 28, 2014

Pangkor - Teluk Batik - Seri Manjung

Pagi-pagi kami dah bersiap nak check-out hotel sebab perancangannya nak ke Pangkor. Sebelum berangkat ke Pangkor,kami parking kereta kat medan letak kereta ni. Pertama kali kot nampak tempat parking yang besar macam ni. Caj yang dikenakan untuk parking kat sini 1jam = 60sen (sama macam kalau guna kupon parking).

Kami bersarapan kat medan selera berdekatan (kawasan yang sama dengan tempat makan malam tu). Nasiblah makanannya ok.. yang paling sedap roti arab cicah kari. Sampaikan mak order 2 kali..hehehe.. Tapau sikit kuih untuk bekalan ke Pangkor.

Selepas bersarapan,terus ke Terminal Jeti Lumut. Kalau nak ke Pangkor ni ada dua jeti,Terminal Jeti Lumut dan Marina Island. Dari Lumut mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Pangkor,dari Marina pulak cuma 10 minit je. Tiket feri RM10 untuk dua hala.

Hari tu boleh pulak tak teringat nak bergambar kat depan terminal ni. Huhu..sedih.. Gambar sementara menunggu feri pun takde sebab kebetulan masa tu feri dah sampai dan kami pun terus naik feri.
dalam feri.. 


Sampai je kat Pangkor,kami didatangi oleh ramai orang yang offer macam-macam pakej. Pada mulanya nak sewa kereta..tapi memandangkan masing-masing malas nak drive kat Pangkor,makanya kita amik teksi je.
Kredit Gambar

Ini lah teksinya..van yang berwarna pink. Untuk pakej pusing-pusing Pangkor harganya RM70 selama 2 jam ke empat lokasi tarikan dan terakhir sekali ke pantai. (2 jam tu tak termasuk ke pantai ye).

Perhentian yang pertama..di Kota Belanda. Berbeza dengan kali terakhir aku sampai Pangkor (12 tahun lepas..hehehe),sekarang ni dah ada kedai cenderamata & gerai jualan plak. Kat sini aku beli fridge magnet sikit je sebab fikir kat tempat lain mungkin lagi murah.
di Kota Belanda

Kemudian ke Galeri Pangkor plak. Galeri ini memaparkan sejarah yang berkaitan dengan Pangkor. Kami pusing-pusing kejap je kat dalam tu (nampak sangat tak minat sejarah..hehehe). Ditambah pulak dengan Dhaniyah yang dok main pistol buih kat dalam galeri ni..memang takleh nak dok lama lah.
di Galeri Pangkor

Lepas tu,driver teksi bawa kami ke Tokong Fu Ling Kong. Kami cuma pusing-pusing kat luar je. Kami dok lama kat situ sebab sibuk pilih fridge magnet. Seperti yang dijangka,fridge madgnet kat sini lebih murah. Disebabkan kami lama sangat kat sini,ayah dah jeling-jeling kat kami..hehehe..
di kawasan Tokong Fu Ling Kong

Dari tokong,kami dibawa ke kilang satay ikan. Kat sini kami tak beli banyak pun sebab fikir nanti susah plak nak bawa balik. Makanya kami beli sikit je untuk makan-makan di tepi pantai nanti.



Akhir sekali,kami dibawa ke Pantai Teluk Nipah. Jalan nak ke pantai punyalah berpusing-pusing. Gerun gaklah,nasiblah kami tak drive kereta sendiri. Rasanya memang jalan kat Pangkor begitu kot. 

Teluk Nipah memang jadi tumpuan orang disebabkan ada macam-macam pakej yang ada seperti snorkelling,island hoping dan macam-macam lagi lah. Memandangkan kami tak bawa baju,maka kami dok melepak tepi pantai jelah. Mak siap beli tikar untuk senang kami nak baring-baring. Cuma Dhaniyah jelah yang mandi beria-ia. Asy'ari pulak nangis beria-ia sebab geli dengan pasir..kelakar betul budak kecik ni.
Dhaniyah berseronok di tepian pantai

Lebih sejam gak lah kami melepak kat situ. Best je melepak kat Teluk Nipah ni..cuma yang tak bestnya,toilet kat situ cuma ada 1 saje..kat situ lah tempat tukar baju,kat situ lah tempat nak buang air.. Stress orang yang menunggu ni tau. Ada gak dia pasang kanvas kat luar untuk tukar baju..tapi rasa tak selesa kot. Dah lah kena bayar tapi tempat tukar baju begitu plak.

Kami sampai terminal lebih kurang pukul 2 petang. Ingatkan nak terus balik Lumut,tapi memandangkan ramai sangat orang yang beratur..lebih baik pergi isi perut dulu. 

Kami makan di Pangkor Kopitiam. Kebetulan pulak owner kopitiam tu kawan cik Diena. Alahai..keciknya Pangkor ni,boleh plak jumpa orang yg dikenali. Tapi baguslah gak sebab boleh dapat diskaun.

Selesai makan & solat,kami pun beratur lah kat terminal tu. Nasiblah tak beratur lama..sebab feri ada je setiap 1/2 jam. 

Sampai Lumut lebih kurang pukul 5. Sempatlah gak shopping hasil laut sikit-sikit & t-shirt untuk En.Somi. Tapi menyesal pulak tak beli banyak-banyak..sebab bila dah dibahagi-bahagi rasa macam tak cukup pulak.

Dari Lumut kami singgah sekejap kat Teluk Batik. Dok melepak sambil aku melayan Dhaniyah naik kereta mainan. Mak & cik Diena pulak sambung shopping.
mak ayah di Teluk Batik

Sebelum pulang,singgah lah Seri Manjung. Sajelah mengenang memori semasa belajar kat UiTM Seri Manjung. Niat dihati nak cari blok kolej siswi dulu..tapi tak jumpa pulak sebabkan semua pun dah bertukar jadi kedai. Lagipun takde apa-apa tinggalan yang menyatakan tu UiTM. Makanya ke stesen bas jelah..sekurang-kurangnya banyak kenangan gak kat sini. Kenangan naik bas malam untuk balik JB..lebih-lebih lagi kalau masa cuti raya. Paling takut kalau masa tu cuma ada beberapa orang je dalam bas (disebabkan kes jenayah dalam bas yang sangat popular masa tu).
gambar di stesen bas pun jadi..hehehe..

Kami meninggalkan Seri Manjung lewat petang. Untuk perjalanan balik Ayah ikut jalan biasa. Rasanya macam jauh sangat pulak. Sepanjang perjalanan lancar je..cuma bila sampai Pelabuhan Klang kami sesat pulak. Kami sampai rumah saudara Ayah pukul 12 lebih.


Mawarbiru : Ni bukan entri percutian terakhir tau..hehe..

Khamis, Disember 25, 2014

Malam Minggu di Lumut




Kami bergerak dari Shah Alam agak lewat petang, makanya sampai Lumut pun dah lewat lah. Masa dah dekat sampai Lumut,Dhaniyah boleh pulak muntah kat baju aku. (sabar jelah). Mungkin dia mabuk kot sebab lama sangat dalam kereta agaknya.

Sampai hotel dah dekat pukul 9..dapat pulak bilik kat tingkat 2,jenuh gaklah nak naik tangga. Kesian kat mak & ayah sebab masing-masing pun tak larat nak naik tangga.  Masuk bilik,mandi dulu bagi hilangkan bau muntah..lepas tu keluar semula untuk makan malam.

Hotel DJ Palace Pangkor
Kami pergi makan kat medan selera berdekatan dengan Lumut Waterfront. Dah malam,malas pulak nak gi cari tempat makan yang best. Sementara tunggu makanan sampai,Dhaniyah muntah lagi sekali. Kali ni kena seluar aku pulak..adoyai..
Makanan sampai pukul 11 lebih kot. Punyalah lama kami tunggu. Dah lah penat,makanan yang sampai pulak tu tak sedap mana. Sabar jelah..
Asy'ari pun kebosanan menunggu makanan yg tak kunjung tiba

Lepas makan,ayah ajak melepak kat Lumut Waterfront. Berpusing-pusing kat Lumut tu sebab nak cari parking. Walaupun dah pukul 12,masih ramai lagi orang kat Lumut..mungkin sebab malam minggu kot.

Happening gak lah kat Lumut..siap ada orang busking lagi. Ramai lah orang dok bersantai sambil budak-budak main buih. Dhaniyah pun excited gak lah nak main buih sampaikan boleh mengadu kat Paklong sebab mama dia tak nak belikan..hahaha.. (sabo jelah). Akhirnya,dapatlah gak dia main buih tapi sampaikan ke hotel pun nak main buih lagi..
main bubbles di Lumut

Duduk melepak kat Lumut sekejap je.. Sebabkan masing-masing pun dah kepenatan,sampai je hotel terus tidur.


Mawarbiru : Selamat Menyambut Hari Krismas & selamat bercuti panjang (untuk warga Johor je..hehehe..)