Khamis, Mei 16, 2013

Air Papan, Mersing (Part 1)

Sabtu lepas kami telah pun pergi bercuti-cuti ke Pantai Air Papan,Mersing. Maklumlah bulan ni kan bulan cinta kami..hehehe.. Kebetulan pulak minggu tu Hari Ibu kan,kami ajaklah mak & cik Aisyah ikut sekali.  Tetiba pulak Fawa balik..maka dia pun ikut sama.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai Pantai Air Papan pukul 11.30 pagi. Sedikit sesat sebab salah masuk jalan. Ni kes teruja tengok pantai lah ni..hehehe...

       
keadaan bonet The Blues..sarat kan??

Disebabkan kami sampai dekat-dekat nak tengahari & cuaca agak panas,maka keinginan untuk mandi laut terpaksa disimpan dulu. So,kita makan dulu..

bekalan pada hari kejadian

posing sebelum makan

Sementara tunggu waktu nak check-in chalet, kami pun berpiknik sambil melayan angin laut. Sempatlah berposing-posing kat situ. Waa..bestnye angin laut..nak tertidur dibuatnye..hehehe...

kami berposing

tuan blog & En.Somi

dalam mood sedang bercinta..hahaha...

Boleh plak masa ni Fawa cakap kami macam berposing dalam kebun getah. Hampeh betul lah..

Setelah puas berpiknik,kami pergilah menjenguk gerai-gerai yang kat tepi pantai tu. En.Somi memang suka beli T-shirt kalau pergi bercuti. So,haruslah kami memborong sikit kan. Mak dah terjah 1 kedai ni,kami pun join sama lah. Sebabkan kami borong banyak,maka sesi tawar-menawar pun berlaku. Riuh rendah gaklah gerai tu disebabkan kehadiran kitorang ni.

gerai-gerai menjual baju & macam-macam lagi lah

Pukul 1 dapat call dari chalet beritahu dah boleh check-in. So,kami pergi lah bergerak ke chalet. Kami duduk kat Air Papan Chalet.

pejabat Air Papan Chalet kat belah belakang..

Rupa-rupanya chalet tu dekat je dengan gerai-gerai tadi. Kalau jalan kaki pun boleh.

chalet no.7, tempat kami bermalam..

sedang memandang laut.. terasa laut memanggil-manggil..hehehe..

Disebabkan cuaca masih panas ketika itu, kami lepak-lepak dulu dalam chalet.. Dalam pukul 3,tengok cuaca macam redup je,so kami pun turun ke pantai. En.Somi tak ikut sebab dia nak rehat.

Mula-mula tu tak mandi pun,cuma amik gambar persekitaran.. Main-main rendam kaki kat air.. Tetiba je cuaca berubah & terus hujan.  Maka,terpaksalah kami balik semula ke chalet.

muka kecewa sebab hujan..

sempat lagi berposing

Mujurlah hujan tak sampai ke petang. Dalam pukul 4 dapat gak kami mandi laut. En.Somi pada mulanya tak join, dia dok tepi pantai sambil main HP dia. Agaknya sebab tak tahan tengok kami seronok mandi,last-last dia pun join sama.hehehe..

Malam tu mak ajak berjalan-jalan kat bandar Mersing. Pusing punya pusing kat bandar Mersing tu,takde apa yang menarik.. So,tak tahu nak gi mana..Jom lah kita gi makan ye..


Masa aku dok cari-cari tempat makan best kat Air Papan,ramai lah yang cadangkan Brother Joe.  Makanya,ke Brother Joe lah kami. Malam tu kami order ikan siakap 3 rasa,tomyam campur & kerang bakar. Komen aku? Ok-ok je lah, harga pun biasa je.. Tak tahulah kalau ikan bakar sedap ke tak sebab kitorg x order pun ikan bakar. Kerang bakar tu biasa je.. kecik-kecik plak tu.. Untuk keseluruhannya, ok je..

Lepas makan je terus balik chalet.. tidur...zzzzzz.....


Mawarbiru : Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...