Isnin, Disember 02, 2013

Batam,Indonesia - Day 1 (Part 2)

Sesampainya kami di Batam,kami dijemput oleh local guide. Kami terus di bawa ke Maha Vimara Duta Maitreya,kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. Kami tak masuk pun,cuma tengok dari luar je. Kat sini kami join dengan satu group rombongan pelancong.

kuil Buddha terbesar

Untuk lawatan satu hari tu,kami join group ni. Mereka-mereka dalam group ni dari Singapore,kami je yang dari Malaysia.hehehe..
Eddy, pemandu pelancong

Disebabkan kebanyakkan yang join group ni dari Singapore,maka Eddy ni pun speaking lah kan. Tapi speaking ala-ala Indonesian lah..jenuh gaklah kami nak faham apa yang dia cakap. Memang berterabur lah cakap dia. Tak tahulah mereka-mereka yang dok belakang tu faham ke tak apa yang dia cakap..hehehe..

Polo Retail Outlet

Lepas tu rombongan kami ke Polo Retail Outlet ni. Kami tak beli apa-apa pun. Cuma tengok-tengok je sebab rasanya takdelah murah sangat. Lebih kurang je kat Malaysia. Lagipun tak minat sangat barangan Polo. Niat hati nak cari barangan yang murah-murah je.

Kemudian,rombongan kami ke Diana Homemade Layer Cakes. Yang ni memang betul-betul homemade ye sebab kami pergi melawat kilang (bleh cakap kilang ke??) kek lapis yang beroperasi di kawasan perumahan.

kami di depan kilang @ rumah..hehehe..

pekerja sedang sibuk wat kek lapis

Kat sini mak beli 2 biji kek lapis. Memang sedaplah kek lapis nya sebab baru buat kan. Harga kek lapis original IDR200.000 (RM54) dan kek lapis prune IDR230.000 (RM62). Tak tahulah nak kata murah ke tak ye.

gerai menjual kerepek & jeruk..

Dari kedai kek lapis,kami ke GTS Local Product Shop pulak.. Kat sini ada menjual barangan kraftangan,batik,kopi dan bermacam-macam jenis keropok. Aku & En.Somi banyak borong t-shirt kat sini sampaikan terlupa nak tengok-tengok keropok yang ada kat situ. Harga t-shirt kat sini agak murah,IDR50.000 (RM13) sehelai.. boleh lah untuk dibuat kenangan kan.


Kat kedai ni,masa kami sibuk memborong t-shirt..ada lah seorang pekerja wanita ni,rajin sangat melayan kami. Dia sangat seronok bila dapat tahu yang kami ni dari Malaysia. Tau sebab apa?

Pekerja wanita : Umi (merujuk kepada mak aku) dari Malaysia. Wah,seronoknya. Saya suka sangat Ryzal Jaafar. Handsomenya dia.. Bila lah saya dapat jumpa dia?

Kami yang mendengar masa tu terus blur sekejap. Adik-adik aku dok sibuk tanya aku siapa tu Ryzal Jaafar. Korang tau sape dia? Malas aku nak beritahu..korang google lah sendiri ye. 

Aku cuma reply kat pekerja tu : Kami yang dok kat Malaysia pun belum tentu bleh jumpa dia,ini kan lagi akak..hehehe..

kami lunch di sini..

Untuk tengahari,kami lunch di Golden Prawn 933 Live Seafood Restaurant. Restoran ni macam restoran Cina tapi halal ye. Aku nampak restoran ni macam Lucky Garden kat Yong Peng tu..tapi restoran ni lagi besar lah.
lunch kami..yang macam siput tu nama nya gonggong..

Tenghari tu kami lunch nasi putih,sup,ketam masak lemak (agaknya lah kot),sayur,sotong goreng tepung,udang gertak & gonggong. Rasanya boleh lah,tak berapa sedap.. bak kata cik Aisyah,kurang rasa. Yang paling best udang gertak tu..tapi dorang bagi sikit sangat lah. Gonggong tu boleh layan lah..macam siput sedut tapi kenyal-kenyal. Aku & Fawa serta 2 orang couple tu je yang makan gonggong tu. Paling champion couple tu lah,beria-ia dorang makan tau..

Kredit Gambar

Satu meja kami semua order air kelapa. Yang sedihnya..dorang antar air kelapa tu lambat. Dah habis makan,baru dorang antar. Nasiblah tak tercekik kan..hehehe.. Kesudahannya,jenuh lah nak menghabiskan air kelapa tu..sebab masing-masing pun dah kenyang..


Mawarbiru : sambung lagi..part 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...