Jumaat, Jun 07, 2013

Kisah di Uptown Shah Alam

Selesai majlis,malamnya En.Hami & Cik Kam ajak berjalan ke Uptown Shah Alam. Dan menjadi kebiasaanya,mesti ada sesi sesat bagai yang membuatkan kami berpusing-pusing kat bandar Klang. Adoyai.. Kesudahannya,dengan menggunakan Waze..akhirnya sampai jua..

Sampai Uptown,pergi makan dulu sebab masing-masing dah lapar sangat. Cik Aisyah cadangkan makan nasi kukus ayam berempah..tapi disebabkan kedai tu penuh,kami makan dengan kedai depannya. Suasana agak riuh malam tu disebabkan ada perlawanan bola JDT lawan Pahang.

En.Hami, Addin & Cik Kam

mak, Adik & Cik Aisyah

ABC kepunyaan En.Hami

Selesai makan,kami jalan-jalan & shopping sikit-sikit area Uptown tu. 

Masa nak balik tu, tetiba kereta tak boleh hidup plak. Beria-ia lah cuba start tapi tak hidup gak. Memang nampak gayanya masalah bateri lah ni. 

Alhamdulillah,malam tu ramai yang sudi tolong (terima kasih lah pada mereka-mereka yg sudi tolong malam tu). Paksu & Pak Ngah pun datang tolong. Tapi disebabkan bateri tu memang dah kong abis..usaha macam mana pun memang tak boleh hidup. Maka,jalan penyelesaianya adalah tukar bateri lain.

Akhirnya,kami sampai ke rumah pukul 2 pagi. Masing-masing terus pengsan kepenatan..hehehe..

Walaupun sedikit kepenatan malam tu..rasa syukur gak perkara tu tak berlaku masa dalam perjalanan balik JB.. Kalau tak,kat mana nak minta tolong..huhuhu..


Mawarbiru : Sebelum berjalan jauh,sila periksa kenderaan anda ye..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...