Isnin, April 15, 2013

En.Somi Masuk Wad

Bagi mereka-mereka yang dah baca status kat FB, mesti dah tahu yang En.Somi kena masuk wad minggu lepas. Terima kasih pada mereka-mereka yang mendoakan kesihatan En.Somi ye.

Al-kisahnya, En.Somi mula demam hari Isnin lepas. Dia pergi klinik swasta, dapat MC 2 hari.  Lepas 2 hari, demamnya masih tak kebah lagi, So, aku ajaklah pergi klinik kerajaan plak.

Hari Rabu, pergi klinik kerajaan..kena amik darah.  Doktor suspek demam denggi.  Memandangkan memang ada kes demam denggi kat tempat kitorang, makanya En.Somi kenalah amik darah lagi esoknya untuk confirm kan demam denggi atau tak.

Hari Khamis, pergi lagi klinik..amik darah lagi.  Kali ni memang confirm demam denggi. Makanya, En.Somi terpaksalah masuk wad hari tu gak.

 En. Somi naik ambulans ke HSA

Pukul 10 pagi, ambulans bawak En.Somi pergi HSA.  Tengahari baru lah aku menyusul ke HSA tapi masa tu En.Somi masih lagi kat wad kecemasan. Pukul 1 lebih baru lah dapat masuk wad.

En. Somi tak bagi amik gambar dia..so,amik je lah gambar tangan yg kena masuk air ni..

Alhamdulillah, lepas 4 hari kat wad..akhirnya En.Somi dapat keluar wad petang semalam. Dapat MC sampai  Jumaat ni & kena amik darah lagi..untuk rawatan susulan..


Mawarbiru : Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...