Selasa, Oktober 30, 2012

Cite Raya Haji & Besday Qayreen

Tahun ni kami sambut raya haji kat Batu Pahat, sebelah En.Somi.  Kami gerak balik Batu Pahat Khamis petang, lepas balik kerja.  Singgah rumah nenek jap, lepas tu terus gerak ke Sg. Kajang plak.

Pagi raya takde buat apa sangat.  Biasalah..mertua dah siap masak semuanya.hehehe... Juadah pagi raya macam raya biasa gak - ketupat, ayam masak kicap, lodeh & sambal kacang.

Lepas solat raya, kami ke Carrefour.  Kelass kan..masa raya boleh berjalan ke Carrefour plak.  Lepas tu kami ke Dominos, tapau pizza.. Apsal masa raya nak makan pizza walau dah ada ketupat?? Sebab...ada wat sambutan besday Qayreen, so kami belilah pizza.. Kira oklah tu kan.

pizza Dominos & nugget utk santapan di hari raya..hehehe..

Sampai rumah mertua, makan-makan ketupat.. Tetiba ada tetamu datang. Rupa-rupanya keluarga aku datang.. bersama si kecik Dhaniyah.  Ala, gambar dorang lupe plak nak amik.

Lepas solat Jumaat, masa untuk sambut besday Qayreen. Masa tu kelakar gila bila ummi Qayreen beria-ia pegang Qayreen nak suruh potong kek.  Tapi hampa sebab Qayreen mengamuk plak.  Agaknya ganggu masa tidur dia kot..hehehe..
Qayreen dah setahun!!

 Ni saje lah gambar besday girl yg ada. Oklah tu kan..comel je..

Selamat Hari Lahir Qayreen Marissa.  Semoga menjadi anak yg baik & solehah ye.. Luv u...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...