Rabu, September 26, 2012

Karnival Nusajaya

Hujung minggu lepas kan ada Karnival Nusajaya kat Dataran Mahkota. Memandangkan kami dok dekat,haruslah kami pergi kan..

Sampai sana pukul 10,ingatkan tak ramai.. tapi boleh tahan gak ramainya. Nasiblah dapat parking yang agak dekat dengan dataran walau terpaksa menapak sikit..hehehe.. Cuaca pun boleh tahan panas gak hari tu.

 Aisyah dgn beg pembelian yg pertama...

Sampai-sampai je dataran, mak dah mula beli ni.. Takpe,layankan aje. Nanti boleh tumpang sekaki..hehe.. Jalan-jalan jap kat kawasan tu, ternampaklah khemah yg tertutup.. Terus masuk..

lego yg ada...
Rupa-rupanya ada aktiviti kat dalam khemah ni... tapi untuk kanak-kanak lah. Kami cuma bergambar saje.. ada lego, hello kitty.. macam-macam lah.
 model lego tak berbayar ..

Dah rimas dengan keadaan kat dalam khemah, keluar balik.. jalan-jalan sambil ambil gambar model tak berbayar ni..hehehe...
 Aisyah depan set Melodi

Sekali tu ternampak AG tengah sedap je berehat kat set Nasi Lemak Kopi O. Masing-masing nak minta bergambar macam segan,tapi bila tengok orang lain bergambar terus rasa tak segan..hehehe..

Aisyah, mak, Fizo Omar & AG Hot HM

Mula-mula mak nak bergambar dengan AG je,sekali bila mamat sebelah AG paling kan muka..rupa-rupanya Fizo Omar daa.. Terus terlupa AG..hahaha... Aku layankan jelah,malas nak amik join sekali.

Kononnya nak tunggu sampai Melodi siaran langsung kat sana.. Tapi memandangkan dah tengahari & cuaca dah mula panas,kami pun balik lah. Sebelum tu,singgah dulu Mall of Medini.

 mak & Aisyah depan Mall of Medini

Takde apa yang menarik,cuma ada lah sikit persembahan kat dalam tu. Nampak macam senang je dorang main kan? Tapi...rupa-rupanya susah. Aku tak cuba pun..tengok orang lain cuba macam susah je..hehehe..

 ada persembahan..

Di penghujung tu nampaklah...Legoland. Punya lah ramai orang beratur nak beli tiket. Aku? Tak kuasa nak masuk Legoland di waktu tengahari yg panas terik tu.. (padahal takde duit nak beli tiket..hehehe...)

 mak & Aisyah.. jauh didepan Legoland

Dah tengok Legoland dari jauh..moh lah kita balik. Sebelum tu haruslah ada gambar tuan blog sekeping.. (mode malas nak bergambar,mujur ada model tak berbayar..hehehe..)




Mawarbiru : Jom ramai-ramai ke Legoland...hehehe...

2 ulasan:

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...