Selasa, September 21, 2010

Telatah Alya

Jumaat lepas kami balik ke Gelang Patah,beraya ke rumah keluarga aku. Sabtu,mak ajak beraya rumah sedara mara kat Kota Tinggi. Ntah kenapa,pagi tu satu keluarga sakit perut. Dok berulang ke tandas. Perancangan nak gi beraya pagi,bertukar ke tengahari.

Kami beraya dari Tmn Kota Jaya – Felda Ayer Tawar 1 – Felda Wa Ha. Lewat petang,kami beraya ke rumah Paksu kat Tmn Ehsan Jaya. Lepak2 agak lama kat rumah Paksu.

Masa bersiap2 nak balik,mak saja mengusik Alya.
Mak : Alya nak ikut mak uda balik tak? Alya cuma geleng kepala je.

Maksu (ibu Alya): Alya nak ikut gi rumah atuk tak? Cepat2 Alya angguk.

Maksu : Kalu nak ikut,gi kemas baju. Alya terus masuk bilik & amik baju dia.

Maksu : Beg mana? Sekali lagi Alya masuk bilik & bawak keluar beg ke taska.

Kami hanya tengok je telatah Alya tu. Dalam hati takut gak kalau betul2 Alya nak ikut.

Maksu : Alya tak telefon atuk tanya bleh tak Alya datang rumah atuk?
Alya terus capai telefon rumah & abgnya,Danish tolong dailkan nombor rumah atuk.
Alya : Atuk,Alya nak datang rumah bleh tak?
Aku : Eh, telefon rumah atuk rosak lah Alya.

Maksu : Macamana,Alya nak gi gak rumah atuk? Cepat2 Alya angguk.

Maksu : Nak gi salam ibu,ayah semua… Cepat2 Alya salam ibu,ayah & semua adik beradik dia.

Maksu : Alya gi,takpe ke tinggal Dawisy? (adik Alya). Alya angguk lagi.

Lepas tu,Alya terus ke muka pintu. Bila kakaknya,Najiha nak tolong angkatkan beg, Alya marah2..

Masa kami tengah sibuk2 bersalaman dgn Paksu & Maksu,Alya dah pun keluar rumah. Menunggu kami di tepi kereta.. La,memang betul2 nak ikut Alya ni. Masing2 dah risau.
Mak : La,macamana ni? Alya tu btol2 nak ikut. Nanti bawak nangis plak.

Maksu pun dah risau gak. Paksu senyum je tengok telatah anak dia.

Maksu : Ala Alya,kete tu tak muatlah. Nanti kita balik naik kete kita ye.

Masa tu tengok muka Alya sedih semacam je. Mata dah berkaca2,macam nak nangis. Kami cepat2 balik…


Alya (Dora) & Danial

Mawarbiru : Kesian tgk Alya... tapi comel je rasa tgk telatah dia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...