Rabu, September 15, 2010

Satu Hari di Hari Raya

Rasanya ramai yang dah mula kerja hari ini. Ada juga yang dah mula lebih awal,mula ari isnin macam En.Somi.. Aku mula kerja semalam. Tu pun rasa lemau semacam je. Bukan sebab seronok beraya,tapi mungkin sebab seronok cuti lama.. Tu yang bila mula kerja rasa semacam je..hehehe..

Oklah,sekarang kita cite pasal sambutan raya hari tu ye.. Tak tahulah nak mula mana..

Tahun ni giliran kami beraya sebelah En.Somi. Walaupun tak seramai macam belah aku,tetap terasa kemeriahannya. Kami sampai rumah mertua di Sg.Kajang petang Khamis. Bertuah punya anak menantu,sampai bila mak dah siap masak semua..hehehe.. Nak wat macamana,En.Somi kerja..terpaksalah tunggu dia balik dulu. Abg ipar siap wat lemang lagi tu..

Malam raya,cuma sibuk masukkan kuih kat dalam telap je.. Lepas tu,bleh rehat2...

Pagi raya,hujan turun dengan lebatnya..terlepas solat sunat raya. Adik beradik En.Somi yang dok dekat,berkumpul di rumah mertua.. Bermaaf2 & makan juadah hari raya.. Lepas tu,kami beraya rumah adik beradik En.Somi yg dok dekat2..

Tengahari,keluarga aku datang beraya rumah mertua..3 buah kereta sekali serbu..

Lepas solat Jumaat,kami pulang ke rumah sebab keluarga aku nak datang beraya. Sekali kena serbu 5 buah kereta plak. Penuh laman rumah dibuatnya. Tak menang tangan nak layan semua..
Kemudian,kami join dorang beraya..dari Parit Raja sampailah ke Parit Kemang. Kat Parit Kemang,sesat plak. Maklumlah pertama kali ke sana...

Tulah kisah satu hari di hari raya..hehehe..Gambar takde sebab dok seronok beraya sampai lupa nak bergambar..

Sewaktu dalam perjalanan balik semula ke Sg.Kajang,En.Somi perasan ada missed call kat HP dia. Dia sangka kan member,so dia call balik.
En.Somi: Siapa ni? Tadi ada call saya?
Org tu : Saya XXX. Ina ada?

En.Somi pandang aku & terus jawab "Salah nombor ni".

Mawarbiru : Tak tahu nak cakap apa dah...hmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...