Rabu, Jun 09, 2010

Jalan2 Kota Iskandar

Sempena cuti Agong hujung minggu lalu,kami balik ke Gelang Patah. Dan sudah menjadi kebiasaanya,kami akan kuar jalan2 & menghabiskan masa kat shopping kompleks bersama mak & adik2..hehe...window shopping saje...

Setelah puas jalan2,kami ke Kota Iskandar. Walaupun tak jauh dari rumah,nilah kali pertama kami ke sana. Wah..terasa kagum melihat keindahan pemandangan di Kota Iskandar. Kalaulah aku dapat keje kat sini...Seronoknya...

Sedikit info mengenai Kota Iskandar:

Kota Iskandar terletak 30 kilometer dari pusat bandar raya Johor Bahru dan mula dibina pada 2005 di kawasan seluas 130 hektar oleh Cahaya Jauhar Sdn Bhd, syarikat usaha sama Kerajaan Johor dan UEM Land Bhd dengan kos RM500 juta. Pembangunannya membabitkan kawasan pentadbiran kerajaan yang meliputi 111 hektar dan kawasan kediaman rasmi serta perumahan kakitangan seluas 19 hektar. Reka bentuk binaan bangunan, landskap dan persekitaran Kota Iskandar menggabungkan ciri-ciri yang terdapat di Bangunan Sultan Ibrahim, seni bina Istana Alhambra dan Moor-Andalusia serta rumah tradisional Johor iaitu rumah Limas dengan bumbung lutsinar berbentuk permata yang dinamakan “jauhar" bagi bangunan Dewan Negeri.


the Blues di Kota Iskandar
(yg ramai2 kat blkg tu family aku tgh cari port nk posing..hehehe...)


Kompleks MBSS yg sgt gah..

bergambar di Dataran Mahkota

feeling2 romantik...hehehe...
kat Dataran Mahkota gak...cantik kan?

sebelum pulang...harus bergambar dgn the Blues

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...