Sabtu, April 24, 2010

Songket...

cantiknya songket biru ni...

Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kain lah songket tenung Melayu
Mula asalnya dari Terengganu

oh abang yang manis
oh nona yang lawa
pakaian kain songket
pakaian budaya

Kain songket pakaian anak Melayu
tapi sayang tak boleh pakai selalu
kerana jemu mata memandang
tidak seperti batek basahan
berbagailah macam
boleh digayakan
setiaplah hari jikalau berjalan

Sungguh banyak dipakai masa hari raya
miskin kaya kecil besar tua muda
apalagi yang lelaki tua
bila berjalan dengan kaki tiga
tersenyum pula sambil ketawa
sayang sedikit giginya dua....

songket purple ni pun cantik..

Aku sememangnya penggemar songket bunga tabur. Nampak cantik sgt pada pandangan mataku. Walaupun orang kata kain songket ni agak tebal & rimas bila dipakai tapi bagi aku ianya tetap mempunyai nilainya yang tersendiri.

Songket bunga tabur ni macam satu pakaian klasik. Walaupun org sekarang jarang pakai,tapi rasanya pakaian ni takkan pudar dek zaman.

Sebelum ni aku selalu berangan nak pakai kain songket bunga tabur masa majlis kawin aku...Alhamdulillah,tercapai jua impian aku tu...hehehe...


Sekarang ni berangan nak cari satu kain songket bunga tabur untuk wat koleksi.. Bilalah bleh dapat agaknya ye?

P/S: Hari ni pagi2 lagi aku dah bersemangat pakai songket bunga tabur (yg bese2 aje). Nak kemana? hehehe....

1 ulasan:

  1. kalau minat busana atau warisan melayu, cuba cari kat www.keriswarisan.com

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...