Selasa, April 06, 2010

PC Fair & Dinner = RM1

Malam minggu yang lepas kami ke PC Fair 2010 kat BP Mall. Saje survey2 laptop,kotlah ada yang sesuai dgn budget kami. Keadaan di sana amat sesak,mungkin kerana malam minggu. Terlalu banyak tawaran hebat hingga tak tahu nak buat pilihan.

Disebabkan tidak tahan dgn kesesakkan & perut pun sudah mula berkeroncong,maka kami sepakat untuk beredar dari situ.

Kami makan malam di Nur Iman Seafood,tempat kegemaran kami. Kebetulan,semasa disana terpandang pula kenalan kami, kami sekadar menyapa dari jauh.

Kami menjamu selera dgn tiga lauk ni...Alhamdulillah,kenyang..




gambar2 ihsan dari En.Google

Mungkin rezeki kami malam tu,bila tiba masa nak bayar...


En.Somi: Berapa kak?
Tauke : Tadi ada nasi tambah ye? RM1 je. Yang selebihnya dah dibayar.

Tak rugi rupanya menyapa kenalan tadi. Alhamdulillah,rezeki kami malam tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...