Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan

Selasa, Mei 05, 2015

Aktiviti di Hari Cuti

Sempena cuti panjang minggu lepas, aku & cik Diena balik kampung sekali hari Jumaat tu. Maklumlah suami masing-masing sibuk kerja. Kami sampai BP tengahari, singgah beli bakso kat Kg. Istana.

En. Hami & Cik Kam pun balik kampung juga, mereka sampai petang.  
#kesayanganmaklong

Malamnya selepas Isyak, ada kenduri tahlil dan doa selamat di rumah nenek. Kami pun tolong lah apa-apa yang patut..sehingga selesai kenduri.
3 generasi..(sampai hati dorang tak ajak aku bergambar sekali)

Hari Sabtu pagi, Paksu ajak main badminton kat dewan yang berdekatan dengan rumah. Mak & ayah join main, aku & Dhaniyah join menyibuk.. Mainlah gak sikit-sikit, tapi asyik kena kacau dengan Dhaniyah je..sebab dia pun nak main sekali. Berlagak macam pandai main..

Lepas Zohor, kami pun keluar cari makan. Cik Kam teringin nak cuba makan Nasi Bariani kat Bariani Power.

Kami order 3 nasi beriani ayam & 1 nasi beriani kambing. Makan bersama 3 orang budak kecik,memang huru-hara jadinya. Dengan tumpah air nya lagi. Maka,kami pun makan cepat-cepat & tak sempat pun nak ambil gambar. Yang pastinya nasi beriani kat Bariani Power ni sedap.

Dari Bariani Power,kami ke Minyak Beku pulak. Saje dok melepak-lepak sambil layan angin laut.
kami melepak

sepupu - Addin & Dhaniyah

Sebelum balik,sempat singgah di kawasan jeti Minyak. Kebetulan masa tu air surut,tu yang berani turun ke jeti.
kat kawasan jeti pulak

Lepas tu kami singgah Aeon Big,beli barang sikit.. Ramai betul orang kat Aeon Big,agaknya semua orang ambil peluang berjalan disebabkan cuti panjang kot. Kami sampai rumah dah lewat petang.

Selasa, Mac 31, 2015

Sambutan Hari Lahir di Zoo Johor

Sabtu lepas,officemate aku En.Firdaus telah menjemput ke majlis meraikan hari lahir anak dia,Layla di Zoo Johor. Disebabkan itu,aku pun ajaklah cik Diena & anak-anak join sekali.

Kami sampai Zoo Johor dalam pukul 10. Masa tu majlis belum mula & masih ramai yang belum sampai. So,layankan lah Dhaniyah main buaian dulu.

Dalam pukul 11,bermula lah acara nyanyian & potong kek birthday. Comel je kek birthday Layla tu..
keluarga En.Firdaus

officemate yg hadir

En.Firdaus dah binatang peliharaan

Kredit gambar-gambar di atas : dari FB En.Firdaus

En.Firdaus ni ada bela ular tau tapi tak tahulah pulak berapa ekor dia bela. Hari tu dia ada bawa ular dia tu. Anak dia,Kayla boleh selamba je pegang & ajak orang lain pegang sama. Sempoi gila budak tu,padahal baru 3 tahun. Maaflah Kayla,Aunty ni penggeli orangnya..hehehe...
Selesai acara potong kek,acara makan-makan sambil main kat inflatable park ni. Seronoklah budak-budak tu dapat main. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas masa tu,Dhaniyah main kejap je. Lepas tu dia dah sibuk nak naik patung binatang yang boleh pusing-pusing tu. Maklong dia layankan saje.

Dekat pukul 12 tu,minta diri dengan En.Firdaus..beritahu nak balik. Sebelum balik tu,sempatlah gak pusing-pusing dalam zoo. Melayankan budak-budak tu tengok binatang.
Dhaniyah & Asy'ari

Tengah dok layan tengok binatang,cuaca dah mula gerimis pulak. So,kami pun terus balik. Kami berpecah sebab cik Diena nak pergi rumah mertua dia & aku pulak nak terus balik rumah.


Mawarbiru : Selamat Hari Lahir Puteri Layla Kamelia.. Semoga menjadi anak yang solehah untuk papa & mama.


Isnin, Mac 23, 2015

Water Park & Ayam Penyet

Jumaat lepas,aku ajak cik Diena & cik Rienduan ke CS Inflatable Water Park kat Kulaijaya. Ini pun sebab aku dah beli voucher groupon,tu yang ajak ke sana.

Kami gerak dari rumah cik Diena pukul 11 lebih, lepas bersarapan. Sampai sana dekat pukul 12 tengahari. Senyap sunyi je tempat tu,tak ramai orang. Agaknya kalau takde water park ni, takde orang nak ke sini.


Seronok dan puaslah budak-budak ni mandi sebab tak ramai orang. Boleh sesuka hati nak mandi kat kolam mana. Mak budak pun seronok gak nampaknya..hehehe...
#kesayanganmaklong

antara kolam yg ada 

Selepas dah puas mandi kat water park tu,kami ke Aeon Kulaijaya. Cik Diena nak cari kasut katanya. Dari satu kedai ke satu kedai,tak jumpa yang berkenan di hati. Masing-masing pun dah lapar..ternampak pulak kedai Ayam Penyet Ori. Apa lagi,kita pun masuk lah dalam tu.

Sementara tunggu order sampai,ambil gambar dulu. Susah betul nak amik gambar dengan budak-budak ni. Huru-hara dibuatnya..hehehe...

kami je yg over..hehehe..

Inilah yang kami order hari tu - pecal lele penyet,empal penyet, pisang cheese.. sup rawon tak kelihatan dalam gambar. Air pun lupa nak amik gambar..tak ingat pun air apa. Yang pastinya aku order teh botol sosro (teringat masa gi Batam dulu)
 our lunch

Lepas makan,pusing-pusing lagi dalam tu..kami gerak balik pukul 5 lebih.. Kesudahannya,cik Diena tak beli kasut pun tapi sempatlah gak budak-budak ni sawan cermin kat dalam kedai kasut..hihihi..
sawan cermin


Mawarbiru : Layan gak makan kat Ayam Penyet tu..

Isnin, Januari 12, 2015

Seharian bersama Dhaniyah

Jumaat lepas, cik Diena minta tolong jaga anak-anak dia sebab dia kena kerja. Memandangkan aku dah berjanji nak jumpa cik Rienduan, maka aku sanggup jaga Dhaniyah. Asy'ari pulak terpaksalah ikut mama dia pergi kerja.

Pagi-pagi aku jemput Dhaniyah kat tempat kerja cik Diena..terus pergi Angsana. Jemput cik Rienduan kat sana, terus pergi sarapan kat Restoran Hua Mui. Lama jugak lah kami melepak kat sana.

Disebabkan keluar kali ini ada Dhaniyah, maka kami rancang ke Zoo Johor.. Dalam pukul 11 pagi, kami dah sampai kat Zoo. Walaupun gerimis sikit, tapi seronoklah melayan Dhaniyah tengok binatang.
cik Rienduan & Dhaniyah

Budak kecik ni mula-mula je dia cakap dia berani, tak takut nak pegang binatang. Tapi bila dah dekat, dia menangis bukan main lagi. Satu Zoo pun boleh dengar dia menangis. Sabar jelah.. Nasiblah masa pegang kuda ni dia dah ok. 


maklong & Dhaniyah

Sejam gak lah kami melepak kat Zoo. Masa tu cik Diena call tanya kat mana..sebab dia dah habis kerja & nak amik Dhaniyah. Janji dengan dia petang baru hantar Dhaniyah balik.

Dari Zoo, kami ke Angasana. Jalan-jalan pulak kat Angsana. Kebetulan pulak masa tu ada Ekspo Pengantin..ada perasmian pulak tu. Dhaniyah teruja bila tengok ramai sangat pengantin hari tu..hehehe..

Lepas tu, kami lepak kat food court tingkat atas. Sambil makan-makan & minum, sambil melayan Dhaniyah main kat situ.
budak yang paling seronok..

Dekat pukul 4 petang, tibalah masa untuk balik. Tapi masa nak balik tu, kereta cik Rienduan pulak tak boleh hidup..tak tahu apa masalahnya. Memandangkan aku kena hantar Dhaniyah, terpaksalah tinggalkan cik Rienduan uruskan kereta dia sendiri.


Mawarbiru : Seronok gak bila sesekali keluar ada budak kecik sekali..hehehe..

Isnin, Disember 08, 2014

Raikan Cinta : Aisyah & Fiqri (Sanding)

Di hari majlis persandingan..agak kelam kabut. Paginya kami ke Mydin,berbelanja sikit-sikit untuk majlis..mana-mana yang terkurang.

Sampai rumah dah pukul 10 lebih. Ramai pulak yg sibuk bersiap kat dalam bilik aku..terpaksalah tunggu giliran. Akhirnya,selesai bersiap pukul 12 tengahari.. kena jadi pemandu untuk pengantin pulak. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Nasiblah masa nak bersanding tu hujan dah reda..
selfie bersama pengantin
Cilok gambar dari FB Fawa

Disebabkan baju cik Aisyah ni meleret ke tanah..terpaksalah aku jadi tukang pegang baju dia tu. Dah lah baru lepas hujan kan..nanti tak pasal-pasal baju dia kotor plak. Fawa jadi pengapit pengantin perempuan, Anas (sepupu) jadi pengapit pengantin lelaki. Lupa plak nak ajak Anas selfie sekali..

mak ayah & pengantin

Seperti yg dijangka,gambar semasa majlis tak banyak. Aku dok sibuk sangat ke hulu ke hilir..memang tak sempatlah nak ambil gambar.  Gambar yg ni pun sebab mak paksa ambil..tu yg ada tu. Gambar kami sekeluarga pada official photographer.. ntah muka dah macam apa agaknya masa tu..mesti selekeh je..

En.Somi & girlfriend baru

Petang tu dah mula kemas dewan sikit-sikit..pelamin pun dah dibuka. Kebetulan plak Paksu bawa raket badminton,apa lagi dorang pun ambil peluang lah main badminton.

Aku suruh pengantin posing je dengan raket..tau-tau dorang pun main sekali,dengan berbaju pengantin pulak tu. Asal boleh je kan..hehehe..
pengantin main badminton?

Alhamdulillah..majlis hari tu berjalan dengan lancar. Terima kasih pada semua yg hadir & kami sekeluarga memohon maaf sekiranya ada yg terkurang di mana-mana.

Dengan ini..aku sudahi entry kali ini dengan gambar ini..hehehe..
pengantin enam tahun...Alhamdulillah..


Mawarbiru : En.Somi sempat bisik, "Teringat masa nikah dengan awak 6 tahun dulu".

Khamis, Disember 04, 2014

Raikan Cinta : Aisyah & Fiqri (Nikah)

Jumaat lepas telah berlangsungnya majlis pernikahan adik aku, cik Aisyah dan pasangannya en.Fiqri.  Majlis pernikahan berlangsung selepas solat Jumaat,pukul 3 petang di Masjid Abu Hurairah,Gelang Patah.

penyerahan tugas menikahkan

Sepanjang majlis,tak ambil gambar sangat pun..kerana melayan budak kecik ni yg tak reti duduk diam. Kejap-kejap terbaring,kejap-kejap gaduh dengan Addin..kejap-kejap nak tengok Frozen. Aduhai..pening kepala maklong tau..
gambar ini diambil oleh budak kecik ni.. 
bayaran sebelum dia boleh tengok Frozen..

cik Aisyah & en.Fiqri
Gambar cilok dari FB cik Aisyah

Inilah gambar yg ada pun. Sedih.. Terpaksalah tunggu gambar dari official photographer..

Selesai mengemas di masjid..malam nya kena kemas dewan pulak..untuk majlis persandingan esoknya. Untuk majlis tu..kita sambung di entry yg seterusnya ye..

Selamat Pengantin Baru buat cik Aisyah & en.Fiqri.
Selamat membina rumahtangga yg barakah, mawaddah wa rahmah..


Mawarbiru : sayu pulak rasanya mengenangkan saat adik ku bernikah..

Ahad, Jun 01, 2014

5 Majlis Dalam 1 Hari

Bila bermulanya cuti sekolah,maka banyaklah jugak jemputan majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi sekarang Johor cuti Jumaat & Sabtu,maka ramailah yg berebut-rebut nak buat majlis pada hari Sabtu. Semalam merupakan tarikh yg hot (sama hotnya dengan cuaca gak),sebab kami dapat 6 jemputan majlis perkahwinan. Tapi tak mampulah kami nak pergi semuanya kan.

Seawal pukul 11 pagi,kami (aku,mak & cik Aisyah) pergi majlis perkahwinan yg paling dekat dengan rumah..majlis perkahwinan BFF cik Aisyah,Hajar. Datang awal..semestinya pengantin pun belum ada lagi kan. So,dapat ambil gambar pelamin saje. Makan pun sikit je sebab nak bagi ruang untuk makan kat majlis lain pulak..hehehe..
pelamin merah

Kat bawah ni gambar masa majlis nikah Hajar pada hari Jumaat tu. Ada lah gak gambar pengantin ye..
majlis pernikahan Hajar & Sharif

Selepas tu cik Aisyah balik rumah sebab dia kena pergi kerja. Aku & mak gi Skudai,jemput cik Diena sebab dia nak ikut kami pergi jemputan. Dari Skudai,kami bergerak ke Danga Bay..menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan mak.
majlis perkahwinan tema hijau @ Danga Bay

Selepas tu kami ke Perumahan Kastam Taman Bakti,menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan mak gak. Masa sampai pengantin belum bersanding lagi..makanya ambil gambar begini sajelah..
Asy'ari dengan backdrop pelamin

Kat majlis yg ni kami memang dah tak mampu nak makan nasi minyak @ nasi beriani lagi. Kami makan mee rebus & rojak saje. Yg paling seronok Dhaniyah lah..sebab dia dapat makan aiskrim.

Last sekali,kami ke majlis perkahwinan Chiah (anak sepupu..kira anak sedara gak lah kan) kat Dewan Raya Kg. Dato' Onn Jaafar,Larkin. Kami sampai pukul 2.30 petang..pengantin masih belum bersanding lagi. So,duduk jelah..bersembang dengan sedara sambil tunggu pengantin bersanding.
susahnya nak ambil gambar minah ni..

 mak & cucu-cucu

Pukul 3 petang kot pengantin baru bersanding. Cepat-cepat ambil gambar dengan pengantin..sebab cadangnya nak pergi lagi 1 majlis..
pengantin baru - Chiah & Ejad

 kami,pengantin & adik-adik pengantin

Sebelum balik,sempatlah gak bermain-main kat photobooth & conteng-conteng sikit kat guestbook.
 Asy'ari didengki oleh mamanya

Dhaniyah pun nak tulis ucapan utk pengantin

Sebelum pulang,kami singgah Kg.Pasir untuk ke majlis aqiqah anak officemate,Firdaus. Tak ambil gambar pun..tapi masih sempat makan..hehehe..
 ni lah anak officemate tu,Puteri Layla Camelia (gambar curi dari FB Firdaus)

Kami sampai rumah pukul 5 lebih kot. Puas berpusing sana sini..bertambah penat melayan orang yg tertinggal kunci rumah..(sabar jelah maklong).
bontrot..

Sampai rumah terus pengsan..sebab nak recharge semula tenaga. Malam nak kena jemput cik Fawa pulak..


Mawarbiru : Selamat Pengantin Baru untuk semua pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan semalam. (anniversary kita sama lah ye..hehehe..nak gak tu)..terutamanya kepada Hajar & Sharif, Chiah & Ejad dan tak lupa juga Dalila & Shahrizal. Selamat membina rumahtangga yg barakah,mawaddah wa rahmah. 

Selasa, April 08, 2014

Wedding di Hotel Seri Malaysia, Mersing

Sabtu lepas mak ajak gi majlis kahwin saudara mak. Sehari sebelum tu sempat lagi culik Dhaniyah sebab nak bawak dia sekali.

Majlis kahwin tu berlangsung kat Hotel Seri Malaysia,Mersing. Kami sampai betul-betul tengahari,semestilah dah rasa lapar kan. Ingatkan majlis tu dalam hotel,rupa-rupanya kat kawasan letak kereta hotel.
Dhaniyah & Makteh bermain props dari photobooth

hasilnya..

pelamin yang unik

Selesai makan & jumpa saudara-mara,kami singgah ke kedai keropok Hj. Puteh. Macam biasa..memborong keropok kering,keropok lekor & satar. Bergerak balik dalam pukul 2 petang kot.

Kami terus bergerak ke UTM sebab nak hantar Dhaniyah pada mamanya. Sementara tunggu mama habis kerja,kami melepak dulu kat tepi tasik.
penternak itik


Mawarbiru : Boleh ke wat ending entri macam ni..hahaha..

Jumaat, Oktober 25, 2013

Hari Lahir Qayreen

Sabtu lepas adik En.Somi rancang nak wat makan-makan sempena hari lahir Qayreen. Semua adik-beradik En.Somi join sama & masing-masing pun bawak makanan..kira macam potluck juga lah kan.
Menu : nasi putih,kari ayam,ketam masak lemak cili api,mee goreng,salad,air limau nipis & puding kastard.

Qayreen sudah 2 tahun

Selamat Hari Lahir Qayreen Marissa..
Semoga membesar dengan sihat & menjadi anak yg baik pada ummi & abi.
With lots of luv..maklang..


Mawarbiru : Hari Lahir Qayreen pada 17 Oktober

Sabtu, September 28, 2013

Dhaniyah 2 Tahun!!

 
Selamat Hari Lahir Nur Dhaniyah..
Semoga membesar dengan sihat & menjadi anak yg baik pada papa & mama.
With lots of luv..maklong..

Rabu, September 04, 2013

Wordless Wednesday : Cousins

Naufal, Dhaniyah & Addin