di hadapan Golden Factory Outlet
Takde apa yang menarik minat kami kat outlet tu,maka nya kami ke litar go-kart pulak. Niat dihati nak cuba main go-kart tapi disebabkan cuaca yang agak panas,terus dibatalkan saja niat tu. Lagipun macam mahal pulak nak main go-kart tu,kalau tak silap SGD15 untuk 10 minit kot.
berdekatan litar go-kart. kerusi ni diperbuat daripada tayar tau..
Fawa & aiskrim mahal
Kemudian,kami ke Taman Mini Indonesia,tempat di mana adanya banyak rumah mini bagi semua wilayah di Indonesia. Agak menarik gak lah taman ni sebab boleh tengok macam-macam bentuk rumah. Cuma rasa kecewa sikit sebab rumah mini diperbuat dari simen (agaknya lah kot).. Sebelum pergi,kami ingatkan rumah mini tu diperbuat dari kayu ke,rupa-rupanya macam replika saje.
di Taman Mini Indonesia
Di kawasan belakang taman mini tu,ada pulak replika binatang. Tapi sayangnya tak dijaga dengan baik.
bersama binatang peliharaan
kami di hadapan Taman Mini
Selepas tu,kami ke kawasan High Rope Teambuilding. Kat sini boleh main paintball..tapi kami tak main pun sebab tak berminat. Cuma tengok-tengok je lah.
Singgah pulak kedai menjual bingka ambon. Lupa nak amik gambar kat kedai tu. Sedap gak rasa kuih ni..ada perasa original,pandan,cheese,durian & peanutbutter. Aku beli bingka ambon 1/2 kilo - perasa pandan IDR95,000 (RM25) dan cheese IDR105,00 (RM28).
bingka ambon
Dah puas makan bingka ambon,singgah pulak kedai kraftangan. Kat sini lah aku borong fridge magnet,10 baru IDR100,000 (RM26). Rasa macam rugi pulak beli sikit.
Ayah & Fawa di kedai kraftangan
Kemudian,rombongan kami ke Bengkong Dry Market Food Stuff Market dimana adanya dijual makanan tempatan yang terkenal & makanan kering yang murah seperti ikan bilis, udang kering, keropok, belinjo dsb. Tapi kami tak masuk pun,kami lebih berminat dengan ni...
Pisang Keju!!
Fawa sangatlah teruja bila nampak pisang keju ni. Ingatkan sebab apa lah..rupa-rupanya kawan dia cerita yang pisang keju ni sedap.. So,kami pun beli lah sebab nak tahu sangat macamana rasanya kan.
proses pembuatan pisang keju
Sebenarnya pisang keju ni pisang yang dipotong nipis lepas tu digoreng. Lepas goreng,letak susu pekat,coklat & keju..rasanya sedap tapi tersangatlah manis.. Takleh makan banyak-banyak ni..hehehe..
Lepas tu,kami ke Kampung Oleh-Oleh, tempat menjual barangan berasaskan batik. Rasanya kami je yang sibuk memborong kat sini. Ahli rombongan lain pergi ke outlet yang terletak bersebelahan je..ada gak yang pergi traditional massage.
En.Somi di hadapan Kampung Oleh-Oleh
Tempat terakhir yang kami pergi hari tu adalah Batam Shopping Mall. Takde beli apa sangat pun kat sini. Tapi mak telah berjaya membeli beg baju..hehehe..
kami di Bistro Godiva
Dah puas berjalan-jalan,kami dinner kat Bistro Godiva. Kami cuma order grilled chicken chop,nasi goreng goreng & nasi daging black pepper. Nasi daging black pepper tu tak sedap pun..macam rasa daging kicap je. Fawa pulak order avocado juice & yang lain order air biasa saje.
menu dinner kami
bil makan untuk 3 orang = RM60
Setelah puas berjalan,akhirnya masa untuk balik hotel & tidur zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Mawarbiru : bersambung untuk hari kedua pulak ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...