Sabtu, November 30, 2013

Batam,Indonesia - Day 1 (Part 1)

Balik daripada bercuti ari tu aku dilanda demam selsema & batuk,maka takde mood nak update blog ni. Tapi hari ini ku gagahkan jua update.. Kalau tak update hari ini maunya tertangguh lah sampai bila-bila.hehehe..

Alkisahnya,Ahad lepas kami sekeluarga telah pun pergi bercuti-cuti ke Batam,Indonesia. Tersangatlah teruja sebab ini percutian keluarga yang pertama luar dari Malaysia kot. Walaupun setakat Batam je kan.

Disebabkan aku yang uruskan percutian ni,maka aku amik jelah pakej dengan travel agent..lebih senang kan. Harga pakej untuk 2 hari 1 malam adalah RM310 untuk seorang termasuk tiket feri pergi-balik,hotel,makan tengahari dan sarapan.

Ahad tu semua pun bangun awal sebab sebelum pukul 7 pagi dah nak kena keluar rumah. Kami berangkat naik feri pukul 8.40 pagi dari Terminal Feri The Zone,Stulang Laut.
di Terminal Feri..menunggu waktu berangkat

Kami sampai terminal sebelum pukul 7.30 pagi. Selesai urusan tiket kat kaunter,maka dok melepak lah kami..sambil bersarapan dengan bekalan yg dibawa. Kami bawa bekal sandwich sardin,kentang goreng & nugget.

Pukul 8.30 pagi,kami masuk ke bahagian Imigresen dan terus ke feri. Cuaca hari tu sangat baik..so,perjalanan ke Batam lancar je..
berposing di dalam feri bersama En.Somi

kat dek feri (betul ke namanya eh?) bersama adik-adik

Perjalanan ke Batam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai Batam pukul 10.30 pagi..tapi waktu di Indonesia baru pukul 9.30 pagi. Sampai je terminal Batam,dah ada orang yang menunggu untuk jemput kami.


Mawarbiru : bersambung ye..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...