Jumaat, November 11, 2011

Jenjalan bersama Dhaniyah...

Isnin lepas,mak plan nak shopping sambil bawak Dhaniyah jenjalan. So,kami pun joinlah menyibuk sama. Mak & yg lain pergi dulu. Kami plak menyusul kemudian.

Kami semua gi terjah Carefour,Sutera Mall. Kebiasaannya Sutera Mall ni crowded kalau time cuti tapi hari tu bleh lenggang plak. Agaknya masa tu awal lagi kot.. Bila dah tengahari tu baru lah ramai org..

Tengahari tu kami ke Jusco Bukit Indah. Kat Jusco pun ramai org,sampaikan parking kat luar tu full. Crowded sgt sampaikan rasa lemas dibuatnya..

Pada mulanya plan nak makan kat Pizza Hut tapi kat sana full plak. Siap nak kena beratur tunggu turn. Tak sanggup nak beratur,kami semua ke Kenny Rogers. Kenny Rogers tak ramai org tapi macam takde pelayan plak..dorang macam tak cukup pekerja.

So,pusing2 kat situ cari tempat makan..ternampaklah BBQ Chicken. Tak pernah pun makan kat situ tapi disebabkan lapar.. redah je lah.

Mula2nya ingatkan BBQ Chicken ni makanan western,rupa2nya makanan Korea. Tu yg rasa teruja nak cuba.

menanti makanan dgn sabar

Kat BBQ Chicken ni tak ramai orang. Agaknya sebab orang tak biasa makan kat sini kot..macam kami jugak..hehehe..


mak dgn spaghetinya...


Setelah puas menunggu makanan,pelayan pun hantar lah spaghetti mak ni. Disebabkan masing2 lapar,kami semua pun berkongsi lah makan spaghetti ni. Dah nak habis spaghetti tu kami kerjakan,barulah sampai makanan yg lain. Tu pun dorang hantar satu2...

Hot-hot Drum ni En.Somi punyer.. tapi macam tangan mak je tu..


steak ni Ibu Muda punyer..


olio-olio spaghetti ni aku punyer


Adik dgn gaya ntah apa2 ntah.. tak ingat nama makanan dia ni..


Makanan kat BBQ Chicken ni ok,sedaplah gak. Aku paling suka steak & coleslaw kat situ..sedap.. Makanan yang Adik order ni portion dia besar tau. Siap bleh berkongsi dgn cik Aisyah lagi tu.. Tapi kesian lah kat cik Aisyah sebab makanan yg dia order tu tak dapat. Mujurlah masa tu dia pun dah kenyang..hehehe..

Dhaniyah yg sedang tido..


Secara keseluruhannya,makan kat BBQ Chicken ni ok je..cuma tak puas hati sebab servisnya yg sangat lambat. Maybe sebab tak ramai pekerja kot.. Takpelah..nak wat macam mana kan..


Mawarbiru: En.Somi,bila nak belanja makan steak ni?? hehehe...

1 ulasan:

  1. mknn korea eh?tp nmpk mcm da jd fusion jek..?xksh arr kn, jnji sdap..ni bkn bwk dhaniyah jnjalan kirenye ni...orgnye tito...hehehe...

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...