Ahad, Ogos 10, 2014

Cerita Raya Lagi

Sambungan cerita raya bermula pada hari raya ke-3.. sebab raya ke-2 kat Gelang Patah,dok diam-diam je kat rumah. 

Pagi-pagi lagi dah gerak balik BP..terus singgah rumah mak. Lepak-lepak kejap sambil beraya..kejap kat rumah, kejap kat rumah nenek. Tengahari ke rumah mertua pulak..sebab utama nak amik barang untuk buat BBQ & arang.  Petang balik semula ke rumah mak..malam nya ada BBQ.
orang kuat malam tu..En. Mohsin

Menu : BBQ (ayam,ikan & udang) dan chicken salad.  Untuk makan kami sekeluarga je,maka nya menu pun simple je lah.

Kesian mak demam pulak masa tu..makan sikit je,lepas tu tidur jelah.
Dhaniyah yg mula-mula berani

En.Somi ada beli sikit bunga api & mercun. Malam tu,sambil BBQ..sambil lah melayan budak-budak ni main bunga api. Letih lah maklong melayan sebab kena hidupkan bunga api guna lighter gara-gara pelita nya tak hidup. Dhaniyah mula-mula seronok je main bunga api..tapi entah macam mana boleh terkena tangan dia plak,terus tak nak main & terus melarat sampai esok dok tunjuk jari dia je (padahal takde pape).

Selesai membakar pukul 10 kot.

Esoknya,pagi-pagi dah balik rumah mertua pulak..sebab nya family En.Somi nak pergi beraya pulak. Dari Parit Yusof ke Tongkang Pechah sampailah ke Ayer Hitam..seharian kami beraya.
kami

Ni masa kat rumah sepupu En.Somi..dah tak pasti rumah ke berapa. Yang pastinya rumah dia sangat cantik. Dari luar rumah sampailah ke dalam..cantik semuanya. Terus rasa macam nak duduk kat situ je. Bila lah merasa nak ada rumah besar macam ni ye.
ni lah rumahnya..segan nak amik gambar sebenarnya

Kami tak bergambar sangat pun masa tu. Kalau dok sibuk bergambar je,tak seronok lah nak bersembang dengan saudara-mara kan. So,aku tepek jelah gambar En.Somi ye..(yg konon-kononnya nak nampak macam gambar old skool..hehehe..)
cinta hati saya

Seharian dok beraya,akhirnya balik semula ke rumah mertua pukul 10 malam.. Lepaknya..


Mawarbiru : habis cite beraya di kampung..

2 ulasan:

  1. Kitarang dah bsiap2 nak bgambar, tetiba tetamu pula dtg! Last2 trus lupa nak ambik family photo! :D

    BalasPadam
  2. Btol tu kak.. Kalau tak amik gambar family awal2,memang sampai ke sudah lah tak amik gambar..hehehe...

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...