Khamis, April 05, 2012

Hasil Cuci Mata...

Hasil cuci mata di website MayCraft ari tu aku telah berjaya membeli dua majalah ni - Cross Stitch Collection & Just Cross Stitch. Dan semalam ianya telahpun selamat sampai ke tanganku.


Masa Poslaju call beritahu nak hantar bungkusan,rasa teruja sangat. Tak sabar-sabar nak balik rumah & belek-belek majalah ni. Rasanya Crosstitcher lain dah biasa kot dgn majalah ni. Sebabkan aku ni baru pertama kali beli,haruslah teruja tu terlebih2...

Dalam majalah ni ada disertakan beberapa design crosstitch yg comel-comel. Ada gak tips-tips crosstitching. Banyak lagi yang perlu aku belajar ni. Mungkin nanti bila aku dah mahir,boleh lah aku kongsikan di sini..

Bila dah belek-belek majalah ni,rasa mood crosstitching semakin meluap-luap plak. Tak bleh jadi ni..harus bulan ni cuci mata lagi...hehehe.. oklah,nak sambung belek-belek majalah ni..

Mawarbiru : En.Somi pun turut sama teruja tengok majalah ni..

3 ulasan:

  1. beli jugak akhirnye. cuci2 mata saja mana tahan kan :P

    BalasPadam
  2. intanmaria: jomlah minat sama...hehehe..
    tutup mulut: tulah pasal. kalo ikutkan ati,byk lg yg nk diborong..hehehe...

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...