Khamis, Mac 03, 2011

Berpeluh di Hutan Lipur Soga Perdana

Setelah beberapa hari dok tangguh cerita pasal aktiviti hari Sabtu lepas,baru hari ni berkesempatan nak update. Dok tunggu gambar2 yg tak kunjung tiba sampai ke hari ni pun ye gak. Tak mengapalah,guna je gambar ehsan dari En.Google ye...

Sabtu lepas,cik Rienduan ajak keluar tapi tak tahu nak ke mana. So,aku ajak ke Hutan Lipur Soga Perdana.. dah lama betul tak ke sana. Kali terakhir rasanya masa belum kawin. Ntah sekarang fit ke tak nak naik atas tu...hehehe..

Sebelum kami mengeluarkan peluh di Hutan Lipur,haruslah gi makan dulu. Aku ajak cik Rienduan makan bakso kat Kg.Istana. Yelah,lama tak makan bakso kat situ sebab takde geng. Mujurlah cik Rienduan sudi menemani..

Masa makan,hujan panas plak. La,macam mana nak ke Hutan Lipur ni. Macam tak syok plak.

Takpe,cik Rienduan kata kita gi beli donut Big Apple dulu. Nanti bleh makan masa kat atas.. Gaya exercise apakah ini?? Macam nak menambah kalori je.. hahaha...

Hujan turun sekejap je. Maka,kami pun meneruskan misi kami..

Kami parking betul2 dekat dengan signboard ni.. Tak sangka plak kat sini banyak monyet. Patutlah dorang tak nak parking kat sini.

Monyet2 ni kejar orang ok.. Terutamanya yg bawak makanan. Kami yg bawak donut Big Apple ni sudah semestinya jadi tumpuan dorang. Sampaikan dorang macam nak terkam & rampas makanan kita.. Takut kena gigit je.. So,kenalah jalan laju2..hehehe...

Lama sangat tak ke sini,rasa macam tak berapa fit plak. Mengah jugalah nak sampai kan kat atas tu. Tapi berkat kesungguhan kami,akhirnya kami sampai gak.

Kat atas Hutan Lipur ni,ada tempat yg dorang panggil Menara Pandang. Kat sini kita boleh nampak hampir keseluruhan bandar Batu Pahat. Sebab tu lah aku suka sangat nak naik sini.

Pemandangan macam ni lah yang aku suka. Menikmati pemandangan bandar di kelilingi keindahan alam.. Sgt best...
Lama jugalah kami melepak kat atas tu. Dah petang baru kami turun. Nak mengelak dari dikejar monyet,kami ikut jalan lain. Tapi bila sampai kat kereta,tak nampak pulak monyet2 tu. Agaknya dorang pun tau dah lewat petang kot..hehehe..
Dari Hutan Lipur,kami ke Terminal Minyak Beku plak.. Lepak2 kat sana sekejap je sebab hujan dah mulai turun. So,balik jelah..
Mawarbiru: Jom naik Hutan Lipur lagi!!

1 ulasan:

  1. Bestnya ada tempat macam ni di Batu Pahat. Cantik scenery. :)

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...