Isnin, Jun 28, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010



Kembara Mahkota Johor kembali lagi untuk tahun 2010.

Kebiasaanya,dalam Kembara Mahkota Johor sebelum ini DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan mengembara menaiki motosikal berkuasa besar atau jelajah perkampungan asli dgn pacuan 4 roda atau jelajah pulau menaiki bot.

Tetapi berbeza kali ini,kerana pada kembara ini DYMM Tuanku Sultan Ibrahim dan keluarga serta rombangan Kembara Mahkota Johor akan menaiki keretapi dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula dari Stesen JB Sentral hingga ke Stesen Gemas,Segamat,Johor. Kembara menaiki keretapi akan membuat persinggahan dalam 16 Stesen keretapi dinegeri Johor.

Buat semua warga Johor,terutama di kawasan yg terlibat, jgn lepaskan peluang memeriahkan program Kembara Mahkota Johor tahun ini yg akan bermula pada 26-28 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.kembaramahkotajohor.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...