Jumaat lepas kami balik kampung, saje nak sambut hari ibu & hari lahir mertua. Sempena sambutan tu, adik beradik En.Somi cadang nak makan kat Sabak Awor, Muar.
Kami sampai Sabak Awor sebelum pukul 8 malam. Baru pertama kali sampai sini..teruja rasanya.
ada macam-macam gerai jualan
mereka-mereka yg terlibat
En.Somi dan Cik Puan
sebahagian dari hidangan
Malam tu kami order 2 set - nasi, tomyam campur, kailan ikan masin, chapchai, ikan siakap tiga rasa, ikan pari & ikan cencaru bakar sambal, sotong goreng tepung & lala goreng halia. Sebenarnya adik ipar order sotong bakar sambal tetapi dorang dah tersalah buat pulak. Takpelah, yang penting sedap.
Untuk 2 set makanan, 11 orang makan hanya RM202 saje. Murahkan? Sedap pulak tu..terbaeeklah..
Kak Ngah sedang memilih
Abg Ngah & anak-anak
Kami gerak balik pukul 9 lebih. Sampai rumah, sambung pulak acara potong kek sempena hari ibu & hari lahir mertua.
bersama mertua kesayangan
Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Lahir Mak!!
Sayang mak ketat-ketat.
Mawarbiru : Macam nak gi Sabak Awor lagi je..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...