kalau saya lemas di laut lepas--
awaklah pelampungnya
membawa saya ke atas.
kalau saya tersesat di hutan luas--
awaklah mancisnya
memberi api binatang buas.
kalau saya jatuh di gaung dalam--
awaklah talinya
membawa keluar sebelum malam.
kalau saya di gua suram--
awaklah cahayanya
menyuluh jalan jiwa yang seram.
awak penyelamat saya--
dari terus hanyut sesat jatuh dan suram.
awak adalah pertolongan yang dihulur tuhan demi mengembalikan saya semula dilahirkan.
makandi hari kelahiran awak,
bukan awak yang selayaknya diraikan--
tapi saya.
kerana tanpa awak--
sesungguhnya saya sudah mati lama.
selamat hari lahir, si segalanya.
terima kasih kerana sentiasa ampunkan dosa saya.
terima kasih kerana selalu ada memegang jari saya.
terima kasih kerana xpernah penat menjaga hati saya.
-HaPpY BelAted BirthDAy..CIk PuAn-
*Quoted from Fynn Jamal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...