Raya tahun ni kami tak merancang apa-apa pun,sama ada nak raya mana dulu atau pun balik kampung bila. Semuanya kami buat last minit..sebabnya cuti En.Somi tak confirm lagi. So bila cuti dah confirm,kami pun balik kampung 2 hari sebelum raya.
Pagi-pagi lagi dah gerak dari Gelang Patah..walhal kampung tak jauh mana pun..hehehe..
Sampai rumah mak,tolong-tolong kemas apa yang patut. Lepas berbuka,balik rumah mertua. Kami sepakat untuk raya tahun ni kami beraya belah En.Somi dulu.
Ni gambar-gambar di pagi raya selepas sesi bermaaf-maafan. Raya yang berikutnya takde gambar. Tuan blog malas nak amik gambar. hehehe..
kami
keluarga En.Somi..tapi tak cukup korum lagi..
keluarga En.Somi (tanpa kakak-kakak dia yg lain..)
bersama Baby Alisha
Raya pertama kami tak kemana pun. Hanya duduk rumah,tunggu orang datang beraya je. Raya kedua,ikut keluarga belah En.Somi beraya ke Ayer Hitam dan Parit Raja. Raya ketiga kami dah kena balik Gelang Patah memandangkan malamnya En.Somi dah kerja pulak. Tak sempat nak beraya rumah kawan-kawan pun..hmm..tak mengapalah,boleh pergi lain kali.
Tahun ni tak sempat pun beraya dan bergambar dengan keluarga belah aku. Tapi takpelah..sebab hujung bulan ni bleh jumpa dorang lagi sebab ada sepupu kahwin. Yang pastinya raya tahun ni walaupun macam biasa,tetaplah aku rasa best..sebabnya..beraya dengan En.Somi..hehehe..
Mawarbiru : Raya yang biasa tetap terasa bermakna...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...