Bulan 12 ni rasanya ramai betul yg melangsungkan perkahwinan sempena cuti sekolah yg panjang ni kan...beselah,musim org kawen ni. Ada saje jemputan sana sini. Kami pun ada lah dapat beberapa jemputan.
Sabtu lepas, kami balik Batu Pahat..nak menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan aku. Dijemput hanya melalui facebook,tanpa kad.. maka kami redah jelah gi rumah dia.
Sampai rumah pengantin,teruslah menjamu selera. Sedang sedap2 menjamu selera,terdengarlah DJ ni menyebut "Di jemput pasangan pengantin,Majid & isteri untuk ke meja beradap".
Eh,kenapa Majid plak? Bukan ke sepatutnya Jeff...
Terus tersedak tau,tak lalu nak makan.. Dah risau kalau2 salah rumah. En.Somi dah plan nak balik senyap2 kalau dah memang sah salah rumah. Tapi aku yakin memang betul..so gi lah jumpa pengantin...
sweet je gambar ni...
Bila nampak je gambar ni,terus rasa lega. Memang betul lah tak salah rumah..hehehe...
Untuk pengantin ni.. Abg Jeff & Mazura...tahniah ye..
Selamat Pengantin Baru.. Semoga berbahagia & berkekalan hendaknya...
Ahad nya,ada majlis kahwin member ofis di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat, JB. Lebih kurang pukul 2,aku gi dgn mak,Dina & Dhaniyah. En.Somi tak dapat nak join sebab kena kerja.
Semoga berbahagia & berkekalan hendaknya...Amin...
* Gambar2 dicilok dari FB pengantin..disebabkan tuan punya blog malas nak amik gambar masa kejadian tu...
Mawarbiru : Selamat Pengantin Baru buat Agy & suami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...