Rabu, Disember 31, 2014

Mertua Pergi Umrah

Selepas balik dari bercuti,mertua & Kak Ros pulak dijangka akan berangkat pergi menunaikan umrah pada 19 Disember. Makanya,18 Disember hari tu kami pun balik BP sebab nak ikut sama menghantar mertua.

Kesemua ahli keluarga En.Somi ikut serta hantar mertua kat Ayer Hitam. Pukul 1pagi baru bas sampai dan terus berangkat ke KL. Kak Ros pulak sehari sebelum tu dah pun pergi ke KL bersama anak-anaknya.
mertua bersama anak & cucu

kami..

Anak-anak Kak Ros semua ikut serta hantar sampai ke lapangan terbang. Ini gambar yang dikirim oleh anak saudara En.Somi.
keluarga Kak Ros

Alhamdulillah..hari ini dapat lagi gambar dari anak saudara En.Somi yang menyatakan mertua & Kak Ros telahpun selamat sampai.
dah selamat sampai tanahair..


Mawarbiru : Semoga akan tiba rezeki kami untuk ke sana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...