Ahad, Mei 11, 2014

Makan Malam di Sabak Awor

Jumaat lepas kami balik kampung, saje nak sambut hari ibu & hari lahir mertua.  Sempena sambutan tu, adik beradik En.Somi cadang nak makan kat Sabak Awor, Muar.

Kami sampai Sabak Awor sebelum pukul 8 malam.  Baru pertama kali sampai sini..teruja rasanya.
ada macam-macam gerai jualan

mereka-mereka yg terlibat

En.Somi dan Cik Puan

sebahagian dari hidangan

Malam tu kami order 2 set - nasi, tomyam campur, kailan ikan masin, chapchai, ikan siakap tiga rasa, ikan pari & ikan cencaru bakar sambal, sotong goreng tepung & lala goreng halia.  Sebenarnya adik ipar order sotong bakar sambal tetapi dorang dah tersalah buat pulak.  Takpelah, yang penting sedap.

Untuk 2 set makanan, 11 orang makan hanya RM202 saje.  Murahkan? Sedap pulak tu..terbaeeklah..
Kak Ngah sedang memilih

Abg Ngah & anak-anak

Kami gerak balik pukul 9 lebih.  Sampai rumah, sambung pulak acara potong kek sempena hari ibu & hari lahir mertua.
bersama mertua kesayangan

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Lahir Mak!!
Sayang mak ketat-ketat.


Mawarbiru : Macam nak gi Sabak Awor lagi je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...